Sebanyak 2916 item atau buku ditemukan

Fiqh & perundangan Islam

Hukum-hukum fiqh bersifat bersepadu, aqidah dan ibadah, akhlak dan
muamalah. Dengan kesedaran hati, dengan kesedaran akan tanggung- jawab,
dengan perasaan takutkan Allah S.W.T. dan dengan menghormati hak (diharap)
akan tercapai sepenuh keredaan, kedamaian, keimanan. kebahagiaan,
ketenangan dan kebahagiaan dunia di samping dapat meng- atur 4 FIQH DAN
PERUNDANGAN ISLAM JILID I Asasnya Wahyu Ilahi Mencakupi Semua
Tuntutan Hidup.

Fiqh Keutamaan

Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

Mereka menyimpan harta kerana kedekut. Kemudian, mereka menyibukkan diri
dengan ibadah fizikal yang tidak memerlukan perbelanjaan. Contohnya, puasa,
qiamullail, dan khatam Al-Quran. Mereka ini sebenarnya golongan yang tertipu.
Ini kerana, sifat kedekut yang menghancurkan diri menguasai diri mereka. Sifat
itu perlu dihalang dengan cara membelanjakan harta. Malangnya, mereka sibuk
mengerjakan perkara kebaikan yang mereka tidak perlukan. Gambaran mereka
ini ...

Fiqh Kewangan Islam

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Manusia memerlukan iqalah seperti perlunya mereka kepada muamalah jual
beli dan muamalah-muamalah lain.45 Selain itu, iqalah juga dapat menanam
semangat tolong menolong ke arah kebaikan antara manusia dan menyemai
semangat berlapang dada dan berbuat baik sesama mereka. Lebih-lebih lagi ia
juga adalah jalan ke arah mendapatkan ganjaran pahala dan kelebihan di sisi
Allah s.w.t. kepada pelakunya pada hari akhirat nanti.46 Sifat-sifat mahmudah
yang ...

70 Motivasi Kehidupan

A) Kejayaan B) Kasih sayang C) Kesihatan Pilih SATU daripada perkara di atas dan pilihan itu bakal menentukan masa depan anda! Sukar, bukan? Hakikatnya, hidup tanpa kejayaan samalah seperti hidup tanpa arah tujuan. Hidup tanpa kasih sayang umpama hidup tiada makna. Namun, sejauh manakah makna kehidupan itu andai masalah kesihatan jadi penghalang? Menyedari betapa besarnya makna kehidupan, maka buku 70 MOTIVASI KEHIDUPAN ini dihasilkan. Bukan untuk memberi kesempurnaan hidup, tetapi sebagai salah satu ‘tiang’ untuk berpaut setiap kali kita hampir tersungkur.

Para ulama sejarah mengisahkan, suatu hari abdul rahman bin abu Bakar pergi
berniaga di Syam. Dalam perjalanannya, dia melihat seorang wanita berbadan
lampai, cantik dan rupawan bernama laila. Disebabkan panahan cinta pandang
 ...

Motivasi diri

membina imaginasi cemerlang

Menangani kebuntuan Saya selalu berhadapan dengan peserta-peserta kursus
yang buntu. Mereka bukan sahaja buntu, kadang-kadang mereka tidak tahu
mereka se- benarnya buntu. Kadang-kadang apabila ber- depan dengan siswa
dan ...