Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Ledakan Facebook; Antara Pahala & Dosa

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook. Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan: Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.Facebook mendedahkan diri kepada zina.Facebook mendedahkan ain diri sendiri.Dan banyak lagiBenarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

mukabuku xi PRAKATA Justeru, prinsip Islam yang terbuka menerima
pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup muamalat.
Saya berpandangan penggunaan Facebook adalah HARUS. Namun setiap
status, gambar, profil, dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan
halal dan haramnya. Hasil daripada itu, buku ini saya hasilkan dengan harapan
semoga ia dapat mengisi kekosongan pengisian dan panduan keagamaan
berkenaan ...

Fiqh Medik Mini

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1. Adakah berubat itu benar-benar wajib? 2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar? 3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor? 4. Lemak babi boleh jadi halal? 5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab? 6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim? 7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam? 9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa? 10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit? 11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1.

Fiqh Kewangan Islam

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Manusia memerlukan iqalah seperti perlunya mereka kepada muamalah jual
beli dan muamalah-muamalah lain.45 Selain itu, iqalah juga dapat menanam
semangat tolong menolong ke arah kebaikan antara manusia dan menyemai
semangat berlapang dada dan berbuat baik sesama mereka. Lebih-lebih lagi ia
juga adalah jalan ke arah mendapatkan ganjaran pahala dan kelebihan di sisi
Allah s.w.t. kepada pelakunya pada hari akhirat nanti.46 Sifat-sifat mahmudah
yang ...