Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.
Sabar adalah bukti ilmu yang dalam dan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t. Mukmin yang sabar, tegar menggenggam semangat yang kuat bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang tidak terbatas dan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang bersabar. Antara kupasan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan topik sabar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah: Hakikat Sabar dalam Al-Quran Hukum dan Keperluan Bersabar Pembahagian Sabar dalam Al-Quran Kedudukan dan Darjat Orang-Orang yang Sabar dalam Al-Quran Kisah Para Nabi dan Rasul Terdahulu yang Sabar Perspektif Al-Quran Berkenaan Sabar
Berapa Kali Lafaz Sabar Disebut dalam Al-Quran? Sabar adalah salah satu
daripada ciri-ciri akhlak yang diberi perhatian dalam Al-Quran, sama ada dalam
surah Makkiyyah ataupun Madaniyyah. Dalam Al-Quran, sabar adalah akhlak
yang ...
Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.
Mereka menyimpan harta kerana kedekut. Kemudian, mereka menyibukkan diri
dengan ibadah fizikal yang tidak memerlukan perbelanjaan. Contohnya, puasa,
qiamullail, dan khatam Al-Quran. Mereka ini sebenarnya golongan yang tertipu.
Ini kerana, sifat kedekut yang menghancurkan diri menguasai diri mereka. Sifat
itu perlu dihalang dengan cara membelanjakan harta. Malangnya, mereka sibuk
mengerjakan perkara kebaikan yang mereka tidak perlukan. Gambaran mereka
ini ...