Sebanyak 24 item atau buku ditemukan

Mahar Setulus Hati

Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi. Tetapi bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang mampu menghalangnya. Bagi Emir, alangkah bahagianya jika dapat memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah. Bagi Harlina pula, hidup hanya sekali. Kehidupannya mesti dipenuhi keseronokan dan hiburan. Perkahwinan merupakan penghalang untuk dia mengecapi syurga dunia yang tiada penghujung itu. Lalu, pelbagai helah dicari untuk menggagalkan niat murni Emir. Tetapi, kesabaran lelaki itu memusnahkan usahanya.

Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi.

Aduhai suami

menyingkap kerenah kaum lelaki

Kalau ditanya orang bagaimana rupanya cinta, jawablah ia serupa hantu. Tidak dapat dipandang, tidak dapat dipegang, tetapi kehadirannya dapat dirasa. Ada kalanya meremang bulu roma. Cinta juga begitu. Nikmatnya cinta hanya kita yang rasa. Indahnya cinta hanya kita yang tahu... Aduhai Suami bukanlah buku cerita hantu walaupun ada kisah suami jadi ‘hantu’. Ini koleksi artikel pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam. Pelbagai telatah dan ragam suami dirungkai dengan kisah-kisah yang mencuit hati. Ada ketikanya gelagat mereka sukar diduga dan dijangka. Aduhai suami... sukarkah memahami mereka?

mencapai apa yang baginya rumah tangga atau percintaan yang ideal. Walhal,
perkahwinan adalah perkongsian dua insan yang latar belakang mereka adalah
berbeza. Justeru adalah tidak wajar untuk kita mengharapkan pasangan ...

Setitis embun semarak api

Autobiography of Shahnon Ahmad, a Malaysian author.

Dalam Islam, ada empat juzuk yang boleh dianggap musuh jika tidak dikawal
iaitu nafsu, dunia, manusia dan syaitan. Nafsu wujud dalam diri kita dan ia perlu
dikawal oleh iman. Begitu juga dunia yang sementara ini. Ia juga amat penting
sebagai tempat kita diuji untuk hidup abadi di alam lain sesudah mati. Tapi kalau
dunia tidak terkawal, macam nafsu juga tidak terkawal, dunia akan menelan kita.
Begitu juga dengan manusia kerana manusia perlu dikawal oleh manusia itu
sendiri.

Bila Sena Kembali Berbunga 2

CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah. Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan. Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.

CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.

Makna Cinta

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup. Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ. Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas.Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf. Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

Sampai bilakah harus kutelan semua itu? Kini, melayari perasaan yang
berkecamuk, hati semakin dirasuk curiga. Mungkinkah betul terselit sejarah
hitam di sebalik kelahiranku? Kata orang, tiada angin masakan pokok bergoyang
? Mungkinkah pernah ada 'sesuatu' antara ibuku dengan Haji Imran? Kalau tidak
, masakan ibu dituduh sebagai perempuan murahan dan aku pula dikaitkan
dengan lelaki itu? Aduh, bagai nak gila aku memikirkannya! “Ika, jangan
pedulikan mereka tu.

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia

"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa. Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam. Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama. Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!"

"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini.

Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar secara berkesan dapat membantu anda mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Ini bukan bermakna anda harus mengambil masa yang lama untuk belajar tetapi yang penting ialah cara anda belajar. BELAJAR CARA BELAJAR memuatkan panduan komprehensif tentang teknik belajar yang betul bagi semua selajar peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM. Anda akan didedahkan dengan bimbingan pengurusan masa, teknik mencatat nota, cara membaca dan mengingat secara berkesan serta pelbagai tips berguna sebagai asas kecemerlangan diri.

Kemahiran belajar secara berkesan dapat membantu anda mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Ini bukan bermakna anda harus mengambil masa yang lama untuk belajar tetapi yang penting ialah cara anda belajar.

Selamat Tinggal Memori

Adlan yang diburu oleh geng-geng pengedar dadah sering dibayangi memori silam ketika terjebak dalam penagihan dadah. Sepanjang pelariannya dia tidak pernah tenteram. Akhirnya dengan Najmil dan Azlin sehingga dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya. Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin, namun Najmil pula diburu cemburu sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. Apakah yang dilakukan oleh Adlan kerana cintanya amat membara terhadap Azlin. Perlukah dia melukai hati Najmil yang pernah menolongnya dahulu?

Tak kerja ka?” sapa mamak yang sedang menebar roti canai tidak jauh dari
tempat aku duduk. Aku memandangnya sekilas dan mengeluh perlahan. Cuma
aku saja yang tinggal di situ. “Kerja. Kejap lagi,” kataku. Dia sekadar
mengangguk ...

Cinta Hujan Panas

MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar. “Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!” Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’ “Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!” Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.

Kertaskertas di dalam fail itu bertaburan di atas meja dan lantai. Kerutan di dahi
menandakan otaknya sedang berserabut ketika itu. Kasar tangannya merentap
tali leher yang menjerut leher. Dia menyandarkan tubuh di kerusi. Satu keluhan ...

Cinta di Blue Mountains

Awadilia dan Fahmi Sazly saling menyintai antara satu sama lain. Tetapi lelaki itu, tidak pernah melafazkan kata. Pinangan keluarga lelaki itu ditolak. Dia tahu, dia bukannya pilihan hati Fahmi Sazly tapi kemahuan keluarganya. Dengan hati yang remuk, Awadilia mengahwini Dani dan berhijrah ke Australia. Tidak lama selepas itu, Dani pergi menghadap Ilahi. Hanya Jimie, anak tirinya sebagai teman pengubat duka. Selepas enam tahun, Awadilia kembali ke Malaysia. Fahmi Sazly muncul dan mengaku masih mencintainya. Hati Awadilia terubat. Cinta mereka mula bertaut. Tetapi malangnya, jodoh mereka bukan di dunia. Awadilia pasrah. Dia yakin Fahmi Sazly redha andai lelaki lain yang menjadi pendamping hidupnya.

Tiada angin tiada ribut, suratsurat itu terlepas dari peganganku dan jatuh
bertaburan di atas karpet. Sewaktu membongkok untuk mengutipnya, bahuku
tersondol fail dan dokumen yang terlonggok di penjuru meja Fahmi... Aduh,
bertaburan ...