Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Cinta di Blue Mountains

Awadilia dan Fahmi Sazly saling menyintai antara satu sama lain. Tetapi lelaki itu, tidak pernah melafazkan kata. Pinangan keluarga lelaki itu ditolak. Dia tahu, dia bukannya pilihan hati Fahmi Sazly tapi kemahuan keluarganya. Dengan hati yang remuk, Awadilia mengahwini Dani dan berhijrah ke Australia. Tidak lama selepas itu, Dani pergi menghadap Ilahi. Hanya Jimie, anak tirinya sebagai teman pengubat duka. Selepas enam tahun, Awadilia kembali ke Malaysia. Fahmi Sazly muncul dan mengaku masih mencintainya. Hati Awadilia terubat. Cinta mereka mula bertaut. Tetapi malangnya, jodoh mereka bukan di dunia. Awadilia pasrah. Dia yakin Fahmi Sazly redha andai lelaki lain yang menjadi pendamping hidupnya.

Tiada angin tiada ribut, suratsurat itu terlepas dari peganganku dan jatuh
bertaburan di atas karpet. Sewaktu membongkok untuk mengutipnya, bahuku
tersondol fail dan dokumen yang terlonggok di penjuru meja Fahmi... Aduh,
bertaburan ...