Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Rindu & Air Mata di Ktzi’ot

Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi'ot, Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi'ot, tanah Palestin yang sering bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.

ABU HASSAN MUSULMANI dan isterinya, Ummu Hassan Musulmani sayu
menatap foto dua anak lelaki mereka – Hassan, 24 tahun, dan adiknya Ali, 22
tahun. Keduadua anak kesayangan mereka ini tiada lagi di sisi kerana terkorban
di ...

Perang Dunia Ketiga

Sekatan ke atas Iran bukan sahaja membuatkan Presiden Ahmadinejad berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekumpulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat pakatan jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran. Shahpour Bakhtiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiran El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka. Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jahat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?

Di atas pentas utama, sudah berdiri Ayatollah Seyyed Ali Hosseini Khamenei,
pemimpin agung Iran. Montaj yang ditayangkan tertera agenda utama pada hari
itu, 'Majlis forum bersama pemimpin agung Islam bukan agama pengganas'.

Strategi Bisnes Manchester United

Manchester United Football Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing. Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United. Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi: - Penajaan untuk tingkatkan keuntungan. - Ambil faedah dari harta intelek. - Kerjasama dengan syarikat lain. - Perdagangan dan pengurusan bakat. - Merchandising dan penerbitan. - Penerokaan pasaran baru, dan paling penting, cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita. Sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja. Ashadi Zain, adalah penyelidik dan pakar dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. Beliau juga adalah penulis prolifik yang sudah berjaya menghasilkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai genre, bukan fiksyen dan fiksyen. Antara buku hasil tulisan beliau adalah Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah, Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan, 66 Usahawan Malaysia, siri Adam Kecil dan banyak lagi.

Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United.