Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Rindu & Air Mata di Ktzi’ot

Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi'ot, Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi'ot, tanah Palestin yang sering bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.

ABU HASSAN MUSULMANI dan isterinya, Ummu Hassan Musulmani sayu
menatap foto dua anak lelaki mereka – Hassan, 24 tahun, dan adiknya Ali, 22
tahun. Keduadua anak kesayangan mereka ini tiada lagi di sisi kerana terkorban
di ...

Perang Dunia Ketiga

Sekatan ke atas Iran bukan sahaja membuatkan Presiden Ahmadinejad berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekumpulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat pakatan jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran. Shahpour Bakhtiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiran El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka. Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jahat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?

Di atas pentas utama, sudah berdiri Ayatollah Seyyed Ali Hosseini Khamenei,
pemimpin agung Iran. Montaj yang ditayangkan tertera agenda utama pada hari
itu, 'Majlis forum bersama pemimpin agung Islam bukan agama pengganas'.