Perang Dunia Ketiga
Sekatan ke atas Iran bukan sahaja membuatkan Presiden Ahmadinejad berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekumpulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat pakatan jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran. Shahpour Bakhtiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiran El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka. Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jahat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?
- ISBN 13 : 9675136669
- ISBN 10 : 9789675136665
- Judul : Perang Dunia Ketiga
- Pengarang : Ashadi Zain, Moh Dat Molok,
- Kategori : Juvenile Fiction
- Penerbit : PTS Pop
- Bahasa : ms
- Tahun : 2014
- Halaman : 288
- Halaman : 288
- Google Book : https://play.google.com/store/books/details?id=S224BAAAQBAJ&source=gbs_api
-
Ketersediaan :
Di atas pentas utama, sudah berdiri Ayatollah Seyyed Ali Hosseini Khamenei,
pemimpin agung Iran. Montaj yang ditayangkan tertera agenda utama pada hari
itu, 'Majlis forum bersama pemimpin agung Islam bukan agama pengganas'.