Sebanyak 8 item atau buku ditemukan

Falsafah Ilmu dalam Al–Quran: Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi

Falsafah Ilmu dalam Al–Quran (Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi) adalah suatu kajian secara komprehensif tentang ilmu pengetahuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Al–Quran. Buku ini menjelaskan tentang falsafah ilmu, teori falsafah ilmu, dan sejarah falsafah ilmu dalam al–Quran. Perbincangan difokuskan kepada aspek ontologi, epistemologi, dan aksiologi ilmu yang menjelaskan aspek pengertian ilmu secara semantik, etimologi, dan terminologi; prinsip falsafah, metodologi dan teori falsafah ilmu dalam al–Quran, aksiologi falsafah, serta keintegrasian sains Islam. Sorotan terhadap isi kandungan buku ini menonjolkan kehebatan al–Quran dalam perbahasan ilmu yang membuktikannya sebagai mukjizat yang terulung. Buku ini sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh para pelajar, mahasiswa, pendidik, serta masyarakat umum yang ingin mengetahui falsafah ilmu al–Quran dengan lebih dekat.

Perbincangan difokuskan kepada aspek ontologi, epistemologi, dan aksiologi ilmu yang menjelaskan aspek pengertian ilmu secara semantik, etimologi, dan terminologi; prinsip falsafah, metodologi dan teori falsafah ilmu dalam al–Quran, ...

Pendidikan Falsafah Sains Al–Quran

Pendidikan Falsafah Sains Al–Quran ialah suatu kajian tentang ilmu mencintai kebijaksanaan atau kebenaran al–Quran yang diaplikasikan mengikut kemajuan sains dan teknologi. Justeru buku ini menjelaskan bagaimana al–Quran berbicara tentang falsafah sains yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sains ketuhanan, sains sosial, dan sains natural. Antara ketiga–tiga bahagian sains ini, falsafah sains ketuhanan menjadi prinsip utama dalam membentuk teori sains sosial dan sains natural. Melalui buku ini, diharapkan generasi kini dapat memahami dengan lebih jelas tentang maksud sains Islam yang berjaya membangun ketamadunan manusia dan pembentukan masyarakat Islam hadhari. Beberapa perubahan terhadap sistem pendidikan yang berteraskan kepada falsafah sains al–Quran perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat ini. Dengan itu, penghayatan falsafah sains al–Quran ini akan melahirkan generasi ulul albab atau generasi Islam yang membangun daripada pelbagai aspek keilmuan yang tidak memisahkan semua bentuk ilmu dengan falsafah ilmu al–Quran. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar, pendidik, dan pembaca yang ingin memahami konsep sains Islam.

Pendidikan Falsafah Sains Al–Quran ialah suatu kajian tentang ilmu mencintai kebijaksanaan atau kebenaran al–Quran yang diaplikasikan mengikut kemajuan sains dan teknologi.

Akidah Penghayatan Tauhid Al–Quran Edisi Kedua

Aspek penghayatan akidah tauhid yang menjadi teras serta dasar dakwah bagi semua nabi dan rasul sejak nabi Allah hingga nabi Muhammad SAW menjadi mauduk perbincangan buku ini. Intipati pemahaman akidah tauhid dalam pandangan al–Quran yang berpaksikan kepada dua kalimah syahadah adalah menyeluruh merangkumi setiap aspek kehidupan manusia secara praktikal. Iktikad yang jazam, ikrar dengan lidah dan amal dengan anggota adalah teras kepada akidah tauhid menurut al–Quran dan Sunnah. Mentauhidkan Allah tidak terhenti pada makrifat dan pengakuan tentang keesaan Allah pada dhat, sifat dan af’al sahaja. Malahan Allah SWT itu wajib diesakan juga dalam perkara yang melibatkan aspek amalan mentauhidkan Allah seperti dalam pentadbiran dan pengurusan, ibadat dan pengabdian diri, penetapan hukum–hakam, memohon pertolongan (isti‘anah), takut dan harap (al–khawf wa al–raja), kecintaan (mahabbah) serta penciptaan. Akidah tauhid yang disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Ia bukannya perdebatan yang bersumberkan falsafah Ilmu Kalam yang bersifat teori mengenal Allah dengan batasan konsep sifat 20 sepertimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam kini. Turut dibincangkan dalam buku ini ialah metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid; pandangan serta penyesalan beberapa tokoh ulama Salaf terhadap metod Ilmu Kalam yang dianggap menyimpang daripada matlamat sebenar kaedah menanamkan akidah kepada umat Islam; aspek riddah dan perkara yang membatalkan syahadah serta ciri masyarakat berakidah sebenar. Buku ini amat sesuai untuk rujukan pensyarah, guru agama, imam, bilal, para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, pelajar agama peringkat menengah dan pembaca yang ingin memahami serta menghayati konsep bertauhid menurut saranan al-Quran dan Sunnah.

Aspek penghayatan akidah tauhid yang menjadi teras serta dasar dakwah bagi semua nabi dan rasul sejak nabi Allah hingga nabi Muhammad SAW menjadi mauduk perbincangan buku ini.

Pembangunan Mapan Orang Asli

Buku ini mengemukakan satu gagasan pembangunan mapan masyarakat Orang Asli yang berasaskan kajian perintis terhadap komuniti Orang Asli Temiar, yang tinggal di Rancangan Pengumpulan Semula Legap dan Pos Kuala Mu, Perak. Penjelasan tentang gagasan pembangunan mapan mencakupi konsep pembangunan mapan dan komuniti mapan, kerangka penunjuk, profil dan kedudukan komuniti mapan, kerangka penunjuk, profil dan kedudukan komuniti Orang Asli, contoh aplikasi penunjuk pembangunan mapan dalam menilai tahap kemapanan komuniti orang Asli yang dikaji, dan cadangan strategi pembangunan yang mengambil kira kemajuan secara menyeluruh dari aspek ekonomi, sosiobudaya, dan fizikal atau ekologi. Pembangunan mapan yang dirancangkan demi manfaat masyarakat Orang Asli adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam melaksanakan Program Tindakan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai Agenda 21. Agenda 21 ialah deklarasi bersama masyarakat dunia dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro, Brazil pada 13 Jun 1992. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam merancang pembangunan komuniti orang peribumi, terutama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), ahli akademik, pelajar yang mengikuti pengajian sains kemasyarakatan, dan pembaca umum yang berminat terhadap bidang ini.

Buku ini mengemukakan satu gagasan pembangunan mapan masyarakat Orang Asli yang berasaskan kajian perintis terhadap komuniti Orang Asli Temiar, yang tinggal di Rancangan Pengumpulan Semula Legap dan Pos Kuala Mu, Perak.

Wasiat & Wisayah dalam Perancangan Harta Prinsip dan Amalan

Buku ini menggabungkan dua prinsip yang terdapat dalam undang-undang Islam, iaitu wasiat danwisayah. Dua prinsip ini merupakan antara instrumen penting dalam perancangan harta orang Islam yang pada masa kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan buku ini meliputi hukum syarak, undang-undang, dan amalan semasa mengenai prinsip wasiat dan wisayah. Penekanan diberikan kepada aspek wasiat dan wisayahsebagai mekanisme syarak yang digunakan sebagai instrumen perancangan harta dan aplikasinya pada masa kini. Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi, ahli akademik, penggubal dasar, golongan profesional, pihak yang terlibat secara langsung sebagai penyedia perkhidmatan perancangan harta, peguam, dan pegawai syariah, serta orang awam yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi dua prinsip penting dalam undang-undang Islam ini.

Buku ini menggabungkan dua prinsip yang terdapat dalam undang-undang Islam, iaitu wasiat danwisayah.

Psikologi Sosial

Buku ini membincangkan tentang pembentukan dan penyesuaian diri remaja dalam masyarakat. Pergaulan dalam masyarakat adalah faktor penentu dalam pembentukan konsep kendiri remaja. Oleh itu, kepentingan memahami diri melalui Model Tingkap Johari ditekankan dalam buku ini. Melalui model ini, remaja lebih memahami objektif ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Buku ini juga memberi pendedahan kepada remaja kaedah bersosialisasi melalui pembentukan kelompok. Remaja diberi panduan bagaimana memilih rakan sebaya yang sesuai dan perbezaan antara fitnah dan kenyataan agar tidak terpengaruh dalam arus pembangunan. Aspek perhubungan antara jantina turut dikupas. Apakah batasan yang perlu diikuti oleh remaja supaya tidak terjebak dalam gejala sosial. Buku ini memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan ahli masyarakat akan kepentingan sosialisasi kepada remaja. Psikologi Sosial sesuai digunakan sebagai rujukan untuk golongan pelajar dan individu yang ingin mempelajari tentang pembinaan kendiri, keluarga, dan masyarakat.

Psikologi Sosial sesuai digunakan sebagai rujukan untuk golongan pelajar dan individu yang ingin mempelajari tentang pembinaan kendiri, keluarga, dan masyarakat.

Teori Pengajaran dan Pembelajaran:Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia

Buku ini mengupas teori-teori asas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Buku ini menjadi rujukan pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia bagi Subjek Kaedah Mengajar Bahasa Arab di bawah kod (SLI 2292), subjek Qiraah Wa´al Maqal di bawah kod (SLI 3322) juga bagi subjek Qawaid Lughah Arabiah IV di bawah kod (SLI 2042). Buku ini juga amat sesuai bagi rujukan pelajar-pelajar IPTA dan Maktab Perguruan Islam serta masyarakat yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Buku ini mengupas teori-teori asas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia.