Sebanyak 9 item atau buku ditemukan

Konspirasi Dajal

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad s.a.w. dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w. dengan keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti datang dan kita perlu bersedia dengan iman dan hati yang jitu. Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah.” (Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam. Apakah Dajal itu sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini? Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir Zaman?

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta.

Misteri Hidup selepas Mati

Kematian adalah nasihat yang paling agung. Apabila ajal menjemput, segala nikmat dunia tidak menjadi kepentingan. Pada ketika itu, hanya amalan di dunia menjadi bekalan bagi menentukan di mana destinasi abadi kita, syurga ataupun neraka. Kata-kata Ad-Diqaq, “Seseorang yang banyak mengingati mati akan mendapat tiga kemuliaan, iaitu bersegera dalam bertaubat, hati yang menerima kecukupan (qana'ah), dan tekun dalam beribadah.” Antara topik menarik dalam buku ini adalah: • Hakikat Kematian dan Kesengsaraannya • Alam Barzarh, Alam Kubur, dan Alam Roh • Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan • Hisab Amalan dan Pembalasan Dosa • Timbangan Mizan dan Titian Sirat • Golongan Ahli Syurga dan Ahli Neraka

Kematian adalah nasihat yang paling agung.

Buku Harian SANG NABI

Menyingkap Sisi Lain Kehidupan Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam : Dari Waktu Fajar Sampai Seperenam Malam Terakhir

Selembut Hati Rasulullah

Pesona Muhammad s.a.w. memikat hati umatnya. Sesiapa juga yang berbicara dengan Baginda rasa dihargai, disayangi, dan diberi perhatian. Hati sahabat-sahabat tersentuh tatkala ditegur dan dinasihati. Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu Tuhan, malah turut berpadu dengan rasa kasih sayang, empati, dan cinta. "Sesungguhnya, adalah untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat." (Surah Al-Ahzab, ayat 21) Walaupun disakiti dan dihina, Nabi Muhammad s.a.w. tetap memaafkan penduduk Taif yang membaling Baginda dengan batu dan Lubaid bin A'sham yang menyihir Baginda. Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.

Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.