"Sebenarnya ini tugas pembantu tadbir tetapi saya hendak cikgu buat sebab
saya hendak cikgu belajar selok belok perakaunan. Nanti apabila cikgu menjadi
pengetua senang cikgu memantau dan menyemak. Maklumlah aspek kewangan
...
Selepas Hang Tuah lima bersaudara tamat belajar ilmu silat di Bukit Panchalusa
itu, mereka pulang ke kampung halaman. Mereka berjaya mengalahkan lanun-
lanun dan orang mengamuk di pasar. Akhirnya, kelima-lima saudara itu ...
Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England). Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu. Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya. Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.
Dalamtahun 1922,Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim puladitubuhkan
. “Sekolahsekolahagama juga turutmemberi sumbangan dalam usaha memupuk
semangat kebangsaan Melayu,” kata Pak Rahman. “Seorang daripada pelopor ...
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Pasukan Tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha bagi menyekat kemaraan Jepun.
Tentera Jepun terkandas di Johor Bahru kerana mereka tidak dapat
menyeberang tanpa ...