Kisah Perang Salib Kedua. Selepas tentera Islam tewas pada Perang Salib Pertama, tentera Salib semakin berkeyakinan bagi meluaskan kuasa mereka. Namun mampukah tentera Salib menghadapi kebangkitan tentera Islam?
Bernard memerhati pemandangan ketika dalam perjalanan ke istana Raja
Conrad. Ini bermakna sudah berbulan-bulan Bernard berada di Jerman atas misi
mengajak kepada perang suci. Timbul rasa kecewa kerana seruan perang
sucinya ...
Kisah Ahmad Ammar ketika dia masih belum dikenali. Kisah semasa dia masih kecil, pendiam dan seorang yang taat kepada ibu bapa. Beliau sudah dididik bagi menjadi seorang yang akan mewakafkan dirinya untuk ummah. Beliau sudah diajarkan sedari kecil bagi menyedari tujuan hidupnya bukan sekadar untuk membela keluarga dan tanah air, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu ummah seluruhnya. Inilah kisah beliau, kisah pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.
Nama ibu, Nur Azlina binti Abdul Azis bin Mohd. Taib bin Shafie bin Haris bin
Chik bin Enchik bin Narung bin Jao, peranakan Siam dan Minang. Nur Azlina
berasal dari Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ahmad Azam pula
dari ...
Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England). Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu. Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya. Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.
Dalamtahun 1922,Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim puladitubuhkan
. “Sekolahsekolahagama juga turutmemberi sumbangan dalam usaha memupuk
semangat kebangsaan Melayu,” kata Pak Rahman. “Seorang daripada pelopor ...