Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Perang Khaibar

Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.

... mana-mana bahagiannya,” rayu pendetaYahudi itu. Nabi Muhammad
memenuhi permintaan mereka lalu menyerahkan kitabTaurat itu.Tetapi pendeta
itukelihatan sedih dantidak puas hati. “Kitab suci kami ini kulitnya bertatahkan
berlian.

Perang Salib Pertama

Jatuhnya Baitulmuqaddis

Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia. Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel. Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib. Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

membawa tombak suci dan mengetuai barisan hadapan pasukan Salib.
Kemudian diikuti Robert II Flanders dan Hugh Vermandois yang mengetuai
pasukan pertama daripada enam pasukan. Melihat keadaan itu Kerbogha
menjadi ...

Leftenan Adnan, wira bangsa

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Pasukan Tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha bagi menyekat kemaraan Jepun.
Tentera Jepun terkandas di Johor Bahru kerana mereka tidak dapat
menyeberang tanpa ...