Sebanyak 16 item atau buku ditemukan

Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)

Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh di pandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Sesungguhnya pendekatan yang digunakan oleh penulis mampu merungkai segala persoalan yang terbuku di minda pembaca mengenai insan istimewa. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Aspek ini adalah penting untuk menjamin isi pelajaran yang disampaikan
benarbenar difahami oleh murid bagi mengelakkan berlakunya sebarang salah
tafsir (kekeliruan). Sebelum sesuatu kemahiran baru diajar, guru perlu
mengulang secara ringkas perkara yang telah dipelajari sebelum itu. Hal ini
bertujuan bagi mengesan pengetahuan sedia ada murid supaya guru dapat
mengaitkannya dengan isiisi pelajaran baru. Namun begitu, guru perlu
mengelakkan. Rajah 4.1 Prosedur ...

Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah (Penerbit USM)

Malaysia sememangnya kaya dengan adat, budaya, bangsa dan sebagainya yang lahir daripada kearifan tempatan yang dimiliki masyarakat dahulu dan diteruskan dan diinovasikan oleh masyarakat kini. Bersesuaian dengan pepatah “tiada yang dulu, tiada yang kini”, maka buku ini memuatkan kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat dahulu daripada pelbagai sudut seperti undang-undang, ekonomi, pelancongan, makanan tradisional dan persenjataan. Beberapa orang penulis pula membuat perbandingan kearifan yang dimiliki masyarakat dahulu dengan kebijaksanaan masyarakat kini mengolah kearifan tersebut hingga mencetuskan inovasi yang kreatif dan kritis, seterusnya membantu kelangsungan hidup masyarakat kini.

Pendekatan. Penerapan. Pendidikan. Nilai. Menerusi. Pendidikan. Tidak. Formal.
Masyarakat. Melayu. Terdahulu ... Alam Melayu terdahulu pada tahap awal
penerimaan Islam masih berpegang teguh kepada asas pendidikan tidak formal
 ...

Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu (Penerbit USM)

Selama ini tamadun rumpun Melayu hanya terkenal dengan pencapaian dalam bidang bukan sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) sahaja. Usaha membuktikan adanya pencapaian yang tinggi dalam SAKTI juga masih kurang dilakukan. Justeru, gagasan penulis, iaitu pemeribumian ilmu, khususnya dalam ilmu sains matematik diperkenalkan sejak 1990-an. Pemeribumian ilmu ialah ekskavasi ilmu karya sarjana berbahasa Melayu sejak abad kesatu Masihi (kerajaan Funan dan Campa di Indochina) hinggalah abad ke-20 Masihi, penilaian semula ilmu tersebut, dan sekali gus ilmu kini juga, mengikut perspektif rumpun-Melayu-Islam. Satu daripada tanda pencapaian sains sesebuah tamadun ialah adanya istilah dan konsep khusus tentang unit pelbagai sukatan benda. Buku ini membicarakan unit-unit sukatan yang dapat dijejaki dalam peribahasa rumpun Melayu (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain kesemuanya diistilahkan oleh sarjana Barat abad ke-19 M dahulu sebagai Malayonesia dan Malayuwiyah oleh sarjana Patani abad yang sama). Buat pertama kalinya, kewujudan pelbagai unit sukatan yang piawai, agak piawai dan belum terpiawai dalam sukatan bilangan, jisim atau berat, panjang (kelebaran, ketinggian dan kedalaman), luas, isi padu, dan masa serta gabungannya yang sesetengahnya mendahului tamadun lain sezamannya, didedahkan secara tuntas. Hal yang lebih menarik lagi ialah paparan banyaknya sukatan perkara-perkara yang subjektif seperti tahap perasaan (kegembiraan, kesedihan, kemurungan dan sebagainya), kekacauan, kekayaan, kemiskinan, kejahatan dan sebagainya yang dalam sains matematik kini dikelaskan sebagai benda-benda yang dibicarakan dalam bidang yang agak besar yang dinamakan sains matematik kabur. Buku ini dapat membantu pembaca memperoleh kekuatan dan keuculan jiwa hamba dalam membina semula keyakinan diri terhadap kekuatan kebudayaan silam tamadun Malayonesia/Malayuwiyah, dan tidak kurang pentingnya mampu memberi kesedaran dan keinsafan tentang adanya potensi kebudayaan sendiri dalam mewarnai dan melakar jejak baharu dalam sains kini.

Akhirnya, alhamdulillah, inilah versi terakhir setelah disunting lagi berasaskan
laporan penilaian yang diusahakan oleh pihak USM. Terima kasih juga kepada
penilai yang sungguh budiman dan memberi kritikan membina di samping ...

Pengantar Pendidikan Khas (Penerbit USM)

Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas? Siapakah pula yang memerlukan pendidikan khas? Anda akan temui jawapannya di dalam buku ini. Perbincangan, kupasan dan huraian secara mendalam bagi setiap kategori murid-murid istimewa diolah di dalam buku ini dengan menggunakan ayat yang mudah, berbantukan statistik dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman pembaca. Aspek etiologi, ciri, punca dan sebab berlaku atau lahirnya anak-anak istimewa ini juga dibincangkan.Turut dibincangkan ialah identifikasi awal dan cadangan teknik atau pendekatan untuk berhadapan dengan golongan seumpama ini. Buku ini diolah mengikut sukatan pelajaran universiti dan maktab perguruan tempatan. Justeru ia sangat berguna sebagai bahan rujukan serta teks wajib bagi semua warga pendidik dan pensyarah yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas. Walau bagaimanapun, pendekatan yang ringkas menjadikan buku ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan ibu bapa dan harus dimiliki oleh semua golongan masyarakat di luar sana yang prihatin untuk lebih memahami golongan istimewa ini.

Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas?

Kerja Lapangan Teknik, Prosedur dan Aplikasi dalam Geografi (Penerbit USM)

Buku ini menghimpunkan 16 buah tajuk dalam tiga tema utama dalam Geografi, iaitu teknik, prosedur dan aplikasi kerja lapangan bidang Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Ia bertepatan dengan keperluan mengendalikan kerja lapangan yang merupakan teras dalam bidang Geografi kerana fokus disiplin ini terhadap saling hubungan antara fenomena alam fizikal dengan manusia. Buku ini juga memaparkan pelbagai contoh aplikasi yang boleh dijadikan panduan dalam pengendalian kerja lapangan sama ada dalam persekitaran tempatan atau wilayah. Oleh hal yang demikian, buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik, penyelidik, mahasiswa, guru dan pelajar sekolah yang terlibat dalam merancang, menjalankan, dan melaporkan hal berkenaan kerja lapangan. Walaupun fokus buku ini adalah aplikasi dalam bidang Geografi, teknik dan prosedur, kerja lapangan yang dibincangkan sesuai untuk diaplikasi dalam bidang seperti Alam Sekitar, Biologi dan Sains Sosial.

Secara umum terdapat pelbagai kaedah perwakilan dapatan nilai kuantitatif
dalam bentuk grafk, dan ia dengan mudah diwakili secara salah (atau boleh
membawa kepada kesilapan sekiranya kurang penelitian) (lihat Kimble 1978).
Mengikut ...

Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kongnitif dan Tingkah Laku (Penerbit USM)

PENGENDALIAN STRES DAN KEBIMBANGAN ialah sebuah buku rujukan asas psikologi dan psikologi klinikal yang ditulis dengan menggunakan pendekatan yang mudah untuk pembaca memahaminya. Buku ini berguna kepada para pelajar yang mengikuti kursus psikologi, kaunseling, perubatan, kejururawatan dan sains kesihatan yang berkaitan dengannya, di samping kaunselor-kaunselor yang ingin mendalami aspek rawatan stres dan kebimbangan. Selain itu, ia juga berguna kepada individu yang mengalami stres dan masalah kebimbangan. Seseorang klien yang sedang menerima rawatan akan lebih memahami masalah stres dan kebimbangan yang dihadapinya dengan bantuan buku ini. Diharapkan dengan pemahaman ini dia akan lebih bermotivasi dan bekerjasama dengan ahli terapi untuk meneruskan rawatannya. Buku ini dibahagikankepada dua bahagian. Bahagian pertama buku ini, yang mengandungi enam bab, membincangkan tentang stres yang meliputi teori asas pembentukan stres sehinggalah cara-cara menghindari, mengawal dan mengendalikan stres yang telah tercetus. Bahagian kedua pula mengandungi empat bab yang berhubung dengan rawatan masalah kebimbangan. Bab terakhir buku ini agak istimewa kerana ia mengandungi sepuluh risalah maklumat klien yang senang difahami yang ditujukan khas kepada klien.

Emosi dalam konteks yang lebih luas merangkumi perasaan marah, takut,
gembira, sedih, berani, curiga, kasih sayang dan rasa bersalah. Emosi
yangnegatif adalah berbahaya kerana ia boleh memburukkan lagi stres yang
dialami oleh ...