Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)

Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh di pandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Sesungguhnya pendekatan yang digunakan oleh penulis mampu merungkai segala persoalan yang terbuku di minda pembaca mengenai insan istimewa. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Aspek ini adalah penting untuk menjamin isi pelajaran yang disampaikan
benarbenar difahami oleh murid bagi mengelakkan berlakunya sebarang salah
tafsir (kekeliruan). Sebelum sesuatu kemahiran baru diajar, guru perlu
mengulang secara ringkas perkara yang telah dipelajari sebelum itu. Hal ini
bertujuan bagi mengesan pengetahuan sedia ada murid supaya guru dapat
mengaitkannya dengan isiisi pelajaran baru. Namun begitu, guru perlu
mengelakkan. Rajah 4.1 Prosedur ...

Pengantar Pendidikan Khas (Penerbit USM)

Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas? Siapakah pula yang memerlukan pendidikan khas? Anda akan temui jawapannya di dalam buku ini. Perbincangan, kupasan dan huraian secara mendalam bagi setiap kategori murid-murid istimewa diolah di dalam buku ini dengan menggunakan ayat yang mudah, berbantukan statistik dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman pembaca. Aspek etiologi, ciri, punca dan sebab berlaku atau lahirnya anak-anak istimewa ini juga dibincangkan.Turut dibincangkan ialah identifikasi awal dan cadangan teknik atau pendekatan untuk berhadapan dengan golongan seumpama ini. Buku ini diolah mengikut sukatan pelajaran universiti dan maktab perguruan tempatan. Justeru ia sangat berguna sebagai bahan rujukan serta teks wajib bagi semua warga pendidik dan pensyarah yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas. Walau bagaimanapun, pendekatan yang ringkas menjadikan buku ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan ibu bapa dan harus dimiliki oleh semua golongan masyarakat di luar sana yang prihatin untuk lebih memahami golongan istimewa ini.

Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas?