Sebanyak 14 item atau buku ditemukan

Berfikir Secara Logik dan Kritis

Panduan Meningkatkan Ketajaman Analisis dan Membuat Keputusan

Diadaptasikan daripada buku bertajuk Pemikiran logikal dan kritikal.

30 Strategi Membina Pengaruh

Tentu anda ingin tahu: Bagaimana mendaki tangga pengaruh hingga ke puncaknya. Bagaimana tokoh-tokoh agung sepanjang zaman bermula sebagai orang biasa, namun akhirnya berjaya muncul sebagai individu berpengaruh. Pelbagai perspektif berkaitan pengaruh dan strategi mengembangkan pengaruh kepada orang yang lebih berpengaruh daripada kita. Kisah-kisah masyhur yang menyuntik semangat kita untuk muncul berpengaruh dan memanfaatkan pengaruh ke arah suasana sekeliling yang positif. 30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka. Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.

Formula fitrah yang berkembang sebagai moral didikan Allah menjadikan
Muhammad binAbdullah individu berpengaruh semasa organisasi
masyarakatnya hidupbersamanilai etika kerja yang berkecamuk. Muhammad bin
Abdullah dilahirkan di tengahtengah masyarakat yang mengalami keruntuhan
akhlak.Semasa kecil, beliau mengambilupah menggembala binatang ternakan.
Tugas itu memerlukan beliau memastikan keselamatan binatang ternakan itu
apabila mencari ...

Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Apabila lelaki jatuh cinta, dia bersuara dalam bahasa paling jelas, tetapi tidak kedengaran. Indah, berbunga-bunga tetapi dalam kod rahsia. Semuanya adalah rahsia hingga hari ini.

Pendekatan Nabi Muhammad adalah metodologi terbaik bagi menolak sesuatu
di luar kebiasaan. Beliau pernah dihidangkan daging dhab, sejenis daging
biawak yang wujud di kawasan padang pasir dan halal dimakan. Namun beliau
tidak ...

Tip Belajar Tanpa Stres

Sekiranya kita sebagai guru, warden asrama, dan trainer pembelajaran, antara perkara yang sering kita dengar tentang rungutan pelajar-pelajar adalah berkenaan stres belajar. Timbul persoalan, mengapa mereka stres belajar? Adakah kerana sukarnya pelajaran yang mereka pelajari ataupun stres kerana bimbangkan peperiksaan yang akan tiba? Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi? Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru serta banyak lagi. Betapa dahsyat cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini. Bertitik tolak daripada sini, saya terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres.

Kesannya, emosi dan perasaan kita turut terganggu. Sekiranyakita tidakdapat
menyelesaikan masalahitu, kita berasa tertekan ataustres. Kadangkala, kita
berkatanegatif kepadadiri sendiri dan terfikir,“Mengapa rakan saya
yangberhadapan ...