30 Strategi Membina Pengaruh

Tentu anda ingin tahu: Bagaimana mendaki tangga pengaruh hingga ke puncaknya. Bagaimana tokoh-tokoh agung sepanjang zaman bermula sebagai orang biasa, namun akhirnya berjaya muncul sebagai individu berpengaruh. Pelbagai perspektif berkaitan pengaruh dan strategi mengembangkan pengaruh kepada orang yang lebih berpengaruh daripada kita. Kisah-kisah masyhur yang menyuntik semangat kita untuk muncul berpengaruh dan memanfaatkan pengaruh ke arah suasana sekeliling yang positif. 30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka. Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.

Formula fitrah yang berkembang sebagai moral didikan Allah menjadikan
Muhammad binAbdullah individu berpengaruh semasa organisasi
masyarakatnya hidupbersamanilai etika kerja yang berkecamuk. Muhammad bin
Abdullah dilahirkan di tengahtengah masyarakat yang mengalami keruntuhan
akhlak.Semasa kecil, beliau mengambilupah menggembala binatang ternakan.
Tugas itu memerlukan beliau memastikan keselamatan binatang ternakan itu
apabila mencari ...