Sebanyak 15 item atau buku ditemukan

Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2

Buku ini khusus untuk: Cendekiawan Pengamal undang-undang Sejarawan Politikus Aktivis Pasukan keselamatan Angkatan tentera Pemikir Orientalis Pejuang agama dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam. Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti: Hakikat jihad dalam Islam Hukum perang antara negara Islam Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain Hukum memerangi rakyat di negara musuh Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab) Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim Syariat jihad dalam Islam dan agama lain Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

a w ~ . a ~ x. _u \Jja- )buugçugquagibfiqidl _9 l); g\ is Puasa yang diwajibkan itu
adalah beberapa hari yang tertentu. Maka, sesiapa di antara kamu yang sakit,
ataupun dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian dia wajib berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib atas orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayarfidyah, iaitu
 ...

Ajaran sesat

mengenali jalan yang terpesong

Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad ke-21.
... Ismail Ali (1993),”Pendidikan Islam di Kalangan Orang Dewasa: Kajian Kes di
Negeri Terengganu Darul Iman” dalam Ismail Abdul Rahman et. al. (1993). ...
Jawziyyah, Ibn Qayyim al- (2003), 50 Masalah Penting Dalam Agama. Abu
Tobariya ...

Memahami Maqasid Syariah

Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya. Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan. Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya. Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat: Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam. Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan. Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia. Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar. Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

Teori al-maslahah al-mursalah dikembangkan sebagai satu kaedah yang
menampung 'apa yang tidak disebut dalam teks'. bad kelima hijrah menyaksikan
kelahiran apa yang Teori ini mengisi jurang dalam metodologi-metodologi literal,
dan ...

Fiqh Keutamaan

Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

Mereka menyimpan harta kerana kedekut. Kemudian, mereka menyibukkan diri
dengan ibadah fizikal yang tidak memerlukan perbelanjaan. Contohnya, puasa,
qiamullail, dan khatam Al-Quran. Mereka ini sebenarnya golongan yang tertipu.
Ini kerana, sifat kedekut yang menghancurkan diri menguasai diri mereka. Sifat
itu perlu dihalang dengan cara membelanjakan harta. Malangnya, mereka sibuk
mengerjakan perkara kebaikan yang mereka tidak perlukan. Gambaran mereka
ini ...

Fiqh Kewangan Islam

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Manusia memerlukan iqalah seperti perlunya mereka kepada muamalah jual
beli dan muamalah-muamalah lain.45 Selain itu, iqalah juga dapat menanam
semangat tolong menolong ke arah kebaikan antara manusia dan menyemai
semangat berlapang dada dan berbuat baik sesama mereka. Lebih-lebih lagi ia
juga adalah jalan ke arah mendapatkan ganjaran pahala dan kelebihan di sisi
Allah s.w.t. kepada pelakunya pada hari akhirat nanti.46 Sifat-sifat mahmudah
yang ...