Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Tetapi ulama yang bebas, seperti Syeikh Thaher Jalaluddin di Malaya, suatu
masa dahulu, melemparkan pangkat muftinya lalu menjadi Syeikh Wartawan;
Syeikh Muhammad Jamil Jambek, Syeikh Abdulkarim Amrullah, dan Syeikh
Abdullah Ahmad yang mengeluarkan majalah al-Munir di Padang (1911),
menjadilah mereka ulama merdeka. Demikian juga Kiai H.A. Dahlan pembangun
Muhammadiyah di Yogyakarta yang hidup dengan menjual kain batik. Demikian
juga Kiai Syeikh ...