Sebanyak 2916 item atau buku ditemukan

Perang Khaibar

Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.

... mana-mana bahagiannya,” rayu pendetaYahudi itu. Nabi Muhammad
memenuhi permintaan mereka lalu menyerahkan kitabTaurat itu.Tetapi pendeta
itukelihatan sedih dantidak puas hati. “Kitab suci kami ini kulitnya bertatahkan
berlian.

Perang Salib

Perang Salib Pertama, Perang Salib Ketujuh, Salahuddin Al-Ayyubi, Empayar Seljuq, Kingdom of Heaven, Perang Salib Kelima

Source: Wikipedia. Pages: 34. Bab: Perang Salib Pertama, Perang Salib Ketujuh, Salahuddin al-Ayyubi, Empayar Seljuq, Kingdom of Heaven, Perang Salib Kelima, Perang Salib Keempat, Hulagu Khan, Perang Salib Keenam, Perang Salib Kedua, Perang Salib Kelapan, Perang Salib Ketiga, Perang Salib Kanak-kanak, Pengepungan Vienna, Pengepungan Jerusalem, Perang Salib Rakyat, Perang Salib Albigensian, Perang Salib 1101. Petikan: Perang Salib Pertama dilancarkan oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan dua matlamat; membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam. Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah. Ramai kesatria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak kejatuhan Empayar Rom Barat. Asal-usul Perang Salib amnya, dan Perang Salib Pertama khususnya, berpunca dari peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih awal pada Zaman Pertengahan. Kejatuhan Empayar Carolingin pada kurun-kurun sebelumnya, ditambah pula dengan kestabilan perbatasan-perbatasan Eropah yang agak baik setelah pengkristianan bangsa Viking dan Maygar, telah menyebabkan kemunculan kelompok kesatria yang hanya asyik berperang sesama sendiri. Sehingga awal kurun ke-8, Bani Umaiyyah dengan pantas menawan Afrika Utara, Mesir, Palestin, ...

Source: Wikipedia.

Perang Salib Pertama

Jatuhnya Baitulmuqaddis

Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia. Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel. Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib. Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

membawa tombak suci dan mengetuai barisan hadapan pasukan Salib.
Kemudian diikuti Robert II Flanders dan Hugh Vermandois yang mengetuai
pasukan pertama daripada enam pasukan. Melihat keadaan itu Kerbogha
menjadi ...

Perang Salib Kedua

Kisah Perang Salib Kedua. Selepas tentera Islam tewas pada Perang Salib Pertama, tentera Salib semakin berkeyakinan bagi meluaskan kuasa mereka. Namun mampukah tentera Salib menghadapi kebangkitan tentera Islam?

Bernard memerhati pemandangan ketika dalam perjalanan ke istana Raja
Conrad. Ini bermakna sudah berbulan-bulan Bernard berada di Jerman atas misi
mengajak kepada perang suci. Timbul rasa kecewa kerana seruan perang
sucinya ...

Atlas Perang Salib

"Bangsa kita memang sudah melampaui batas dalam menumpahkan darah di Haikal Sulaiman hingga mayat yang bergelimpangan terendam dalam takungan darah. Tangan-tangan dan kaki mayat seakan-akan berenang, sedangkan askar Salib sendiri tidak sanggup mencium bau yang keluar daripada mayat!" (Gustave Le Bon, sejarawan Perancis) "Pada ketika Al-Quds jatuh, sebahagian daripada pasukan Salib menganggap orang Islam menelan kepingan emas yang mereka miliki. Mereka mengoyak perut orang Islam yang sudah dibunuh bagi mencari kepingan emas itu. Ketika menyedari mereka memerlukan masa yang lama bagi mengoyak perut setiap mayat, mereka mengumpulkan mayat-mayat itu secara sekaligus dan membakarnya. Apabila api padam, baru mereka mengorek abu mayat yang mereka bakar itu bagi mencari kepingan emas yang mereka sangka ditelan oleh orang Islam." (Raymond de Keller, sejarawan Kristian) Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia. Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.

Akhirnya, Paus mengeluarkan maklumat tentang Perang Suci bagi merampas
Tanah Suci daripada tangan orang Islam. Maklumat perang itu dihebahkan oleh
Paus Urbanus II dalam Perhimpunan Clermont pada tahun 1095M. Ini terus ...