Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Kamus al-Quran

KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAMUS INI Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir iaitu:Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.Mentafsirkan al-Quran dengan al-Ma`thur.Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat-pendapat ulama.Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza. BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAMUS INI: Penggunaan Peribadi: Baca satu entri setiap hari selepas solat Maghrib atau Insyak.Semak setiap ayat yang mengandungi perkataan itu dan kaji penggunaannya dalam setiap ayat. Gunakan terjemahan yang mudah difahami. Salin semula ayat-ayat al-Quran berkaitan dalam buku nota.Ulangkaji dengan membaca ayat-ayat berkaitan dan fahami makna perkataan yang telah dipelajari. Penggunaan Berkumpulan: Setiap ahli kumpulan diberikan beberapa entri tertentu. Setiap ahli mengkaji entri-entri yang diberikan seperti metode kajian untuk penggunaan peribadi.Setiap ahli dikehendaki membentangkan setiap entri dengan terperinci sehingga semua ahli kumpulan memahaminya dengan jelas. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melatih para pelajar memahami al-Quran.

kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana dengan izin dan rahmatnya,
Jabatan al-Quran dan al-Hadith berjaya menghasilkan dan menerbitkan buku
berbentuk glosari pentafsiran ... vii Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Quran
 ...

Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -

Perniagaan yang paling penting bagi mereka adalah di antara Mekah dan Syam
sedangkan Madinah berada di pertengahan jalan antara Mekah dan Syam.
Setiap kali pedagang mereka ke Syam, mereka disekat di Madinah. Mereka
mahu ...