Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Modul memperkasakan sahsiah waja diri pelajar abad ke-21

Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam membentuk akhlak dan tingkah laku individu. Sahsiah diri menampakkan dirinya melalui penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani seseorang individu. Pembangunan sahsiah diri merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhannya Sahsiah Waja Diri (SWD) merupakan satu terminologi baru yang telah mula digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan. SWD telah mula mendapat tempat dalam bidang pendidikan dan rangka konsep telah mula dikenali sebagai sebahagian daripada panduan untuk memahami tingkah laku pelajar sama ada di dalam atau di luar kelas. Sering kali SWD kerap dikaitkan dengan unsur pendidikan secara keseluruhan. Keadaan ini adalah kerana proses pendidikan itu sendiri adalah untuk membentuk sahsiah seseorang individu pelajar. Proses pendidikan akan membantu seseorang individu memperoleh keyakinan, pertumbuhan kendiri serta kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi cabaran masa akan datang terutamanya pada abad ke 21.

Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam membentuk akhlak dan tingkah laku individu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak

Buku ini memuatkan himpunan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan Pendidikan Islam dan Kerohanian dalam merealisasikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Huraian dan contoh yang diberikan adalah praktikal malah mudah difahami oleh semua pembaca. Isi kandungannya digabung jalin dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak yang pastinya dapat membantu warga pendidik khususnya dan ibu bapa amnya. Setiap topik dihuraikan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap golongan pembaca. Konsep-konsep dan aplikasi ilmu yang ditunjukkan dengan contoh-contoh yang mudah yang bersesuaian akan menjadi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Buku ini bersesuaian untuk segenap golongan terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

... yang menarik berbentuk interaktif, ada gabungan audio visual, grafik yang
menarik, malah ada muzik yang sesuai. Penggunaan ICT pada. PERANAN.
TEKNOLOGI. MAKLUMAT. DAN. KOMUNIKASI. DALAM. PENDIDIKAN.
KANAKKANAK.