
Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)
Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!
- ISBN 13 : 9674114254
- ISBN 10 : 9789674114251
- Judul : Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)
- Pengarang : Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz,
- Kategori : Religion
- Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
- Bahasa : ms
- Tahun : 2015
- Halaman : 180
- Halaman : 180
- Google Book : http://books.google.co.id/books?id=A16cBgAAQBAJ&dq=intitle:kaedah+tafsir&hl=&source=gbs_api
-
Ketersediaan :
Pada bacaan kedua, kesalahan semakin mengecil dan gaya fasohah sebutan
huruf semakin jelas. Pada kali yang ketiga, lenggok bacaan kita akan semakin
tersusun. Ketika itu, fikiran sudah selesai melakukan proses suai kenal dengan
baris-baris itu sebelum menghafalnya kelak. Kita disarankan supaya tidak
membaca terlalu perlahan, memadai sekitar tiga minit sahaja dihabiskan kerana
kita masih ada tiga tugas lain untuk baki dua minit seterusnya. Lihat tafsir dan
makna tiga ...