Sebanyak 6 item atau buku ditemukan

AUDIT KOMUNIKASI ORGANISASI

Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi. Ianya melibatkan kaedah dalam penilaian amalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi dalam menjalinkan hubungan serta penyaluran maklumat pada publik dalaman serta luaran organisasi. Panduan yang diperihalkan dalam buku ini bersesuaian dengan amalan pengelolaan aktiviti kerja dalam semua organisasi awam, swasta dan organisasi sukarela di Malaysia. Kandungan dalam buku ini tidak hanya menceritakan konsep tetapi melibatkan applikasi serta kajian kes bagi tujuan membentuk kemahiran pengamal dalam memilih kaedah yang bersesuaian dalam menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan organisasi dalam melaksanakan amalan komunikasi yang memenuhi citarasa pelanggan. Pengalaman penulis yang berkhidmat di pelbagai organisasi kerajaan, badan berkanun diperingkat tempatan serta luar negara telah dikongsi bersama pembaca. Buku ini banyak membincangkan mengenai kaedah serta langkah-langkah dalam menilai keberkesanan kempen, penggunaan teknologi komunikasi, jalinan rangkaian organisasi, kaedah diagnosis amalan komunikasi yang merangkumi pelbagai kaedah kuantitatif serta kualitatif. Berbanding dengan buku-buku lain, buku ini memberi kesempatan pada pembaca untuk menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan jalinan hubungan serta kualiti maklumat yang disalurkan pada persekitaran dalaman dan luaran organisasi

Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi.

SEJARAH KEDAH DUA MILLENIA

Sejarah Kedah Dua Millenia mengandungi sembilan bab yang membincangkan tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dari setiap aspek. Ia merangkumi aspek kesultanan, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dari zaman tradisi hingga kini. Penghasilan buku ini juga di harapkan dapat memberi kesedaran kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dengan lebih jelas. Pemahaman tersebut sangat penting bagi melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap semua nikmatyang diperoleh sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah Darul Aman. Buku ini juga mampu mengisi keperluan para pembaca dalam usaha mengetahui sejarah negeri Kedah dengan mendalam. Diharapkan dengan penghasilan buku ini, sejarah negeri Kedah Darul Aman terus tersemat tanpa dilupai oleh generasi akan datang.

Sejarah Kedah Dua Millenia mengandungi sembilan bab yang membincangkan tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dari setiap aspek.

ISLAMIC BANKING OPERATIONS: PRODUCTS AND SERVICES

Islamic Banking Operations: Products and Services aims to give insights on Islamic banking operations as well as assists readers to understand certain aspects of its products and services. This book provides an overview about the balance sheets for both conventional and Islamic banks, the deposits and financing activities as well as the Islamic trade finance products and instruments.

This book provides an overview about the balance sheets for both conventional and Islamic banks, the deposits and financing activities as well as the Islamic trade finance products and instruments.

PSIKOLOGI PENGURUSAN SEKOLAH

Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru. Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan masalah. Penyelesaian masalah melalui gaya pengurusan psikologi mampu menghasilkan natijah yang positif tanpa menjejaskan prestasi guru dan pelajar sekolah. Apa yang diharapkan, buku ini dapat membantu dan menjadi panduan praktis kepada pemimpin sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang berminat mendalami ilmu pengurusan psikologi ke arah memartabatkan pendidikan dan pengurusan sekolah di Malaysia.

Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru.

KOMPETENSI EMOSI DAN KUALITI GURU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. Perbincangan juga meliputi aspek perbezaan kompetensi emosi dan efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dari segi faktor demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar, serta dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta. Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. http://uumpress.uum.edu.my/

Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.