Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Visual Pelangi Sejarah Tingkatan 4

Siri Visual Pelangi KBSM diterbitkan khas untuk memudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Persembahan teks dalam bentuk rajah, carta, jadual, dan gambar foto yang menarik dapat mencungkil minat murid untuk belajar di samping merangsang kreativiti mereka. Susunan teks yang lengkap dan sistematik berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang terbaharu membolehkan murid menguasai mata pelajaran dengan mudah. Soalan yang pelbagai pula dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif.

Penerapan nilai murni dalam pendidikan tidak formal Kemahiran Hal berhubung
dengan agama Kelakuan dan adat resam Siakap senohong, ... 4 KBSM Bab 8
Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat.

Hantu Vila Praha

Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di vila berhantu. Rancangan Ray, Reno, Rio, dan Tanya untuk mengembara ke Gunung Semeru tergendala. Tidak mahu pulang hampa, mereka mengubah rancangan dan pergi ke Tasikmalaya pula, ke kampung halaman kenalan baru mereka, Anita. Keluarga Anita ada sebuah vila di atas bukit, dipanggil Vila Praha. Vila yang tersergam indah, tetapi sudah lama tidak didiami selepas ibu bapa Anita meninggal dunia. Sebaik sahaja memasuki vila, keenam-enam remaja ini baru mengetahui bahawa vila itu rupa-rupanya berhantu kerana sudah lama ditinggalkan. Yang lebih mengejutkan lagi, hantu-hantu itu dikatakan hantu ibu bapa Anita dan pembantu rumah mereka, Bik Idah. Selepas mengalami pelbagai pengalaman menakutkan di dalam vila itu, akhirnya kelima-lima remaja itu membongkar misteri vila itu, tentang kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di rumah tersebut. Mereka kemudian memutuskan untuk meninggalkan vila itu dan membiarkan vila itu musnah sendiri dimakan masa.

Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di vila berhantu.

Jurig Jarian

Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di alam makhluk halus atau evil spirit world. Lima orang remaja, Aria, Justitia, Raksa, dan Satria, bersama seorang penulis muda, Irwan, pergi ke Bukit Jarian untuk menyiasat cerita tentang sebuah keluarga kaya yang hilang di Bukit Jarian. Mereka tidak mengetahui bahawa kampung-kampung di Bukit Jarian itu bukan sahaja dihuni oleh manusia biasa, tetapi juga oleh makhluk halus. Ketika berada di salah sebuah kampungnya, kelima-lima sahabat ini terperangkap dalam alam makhluk halus ini dan terserempak sendiri dengan jurig jarian atau hantu tempat sampah itu. Nini Engklek, perempuan tua berkaki satu yang berjalan dengan melompat, Jurig Cewaw, makhluk yang berwajah menakutkan, dan Jurig Sapotong, makhluk separuh badan. Mereka kemudian diselamatkan oleh seorang gadis bernama Mahasari, yang membawa mereka keluar dari kampung makhlus halus itu.

Ketika berada di salah sebuah kampungnya, kelima-lima sahabat ini terperangkap dalam alam makhluk halus ini dan terserempak sendiri dengan jurig jarian atau hantu tempat sampah itu.