Sebanyak 8 item atau buku ditemukan

Mahar Sebuah Syurga

Buku ini mengangkat isi-isi kandungan al-Quran dan hadis yang bercerita tentang syurga dan peribadi bagaimana yang layak untuk memasukinya. Dibawakan juga kisah-kisah para tokoh Muslim yang telah berbakti kepada Islam supaya kita juga akan berusaha dalam mencapai darjat tertinggi seperti mereka.

Buku ini mengangkat isi-isi kandungan al-Quran dan hadis yang bercerita tentang syurga dan peribadi bagaimana yang layak untuk memasukinya.

Wahai Sekalian Manusia

Membicarakan tentang seruan TUHAN untuk sekalian manusia. Ayat-ayat pilihan yang khusus membincangkan tentang keperluan serta kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh manusia. SETIAP manusia pastinya tercari-cari panduan hidupnya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Maka al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Namun tugas dakwah bukanlah semata-mata berada di atas pundak seorang pendakwah sahaja malahan ianya terbuka luas untuk semua muslim. Peranan pendakwah dalam membawa mesej Islam sememangnya amat mencabar dengan pelbagai cabaran. Justeru seorang pendakwah harus lengkap dengan fahaman tentang realiti semasa untuk memudahkan masyarakat mengenal agama Islam. WAHAI SEKALIAN MANUSIA membawa konsep mudah dalam memahami ayat–ayat al-Quran yang memfokuskan tentang manusia secara amnya. Buku ini akan membawa pembaca menyelusuri tentang kehidupan manusia secara praktikalnya.

WAHAI SEKALIAN MANUSIA membawa konsep mudah dalam memahami ayat–ayat al-Quran yang memfokuskan tentang manusia secara amnya. Buku ini akan membawa pembaca menyelusuri tentang kehidupan manusia secara praktikalnya.

NIKMAT HIDUP BERTUHANKAN ALLAH

Dakwah bukan tugas yang mudah. Sudah pasti dalam melaksanakannya, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cabaran, dugaan bahkan juga ancaman. Inilah yang terpaksa dihadapi. Hal ini juga turut dirasai oleh para nabi serta para sahabat sebelum kita. Tugas yang paling berat dalam dakwah ialah bagaimana kita mampu meyakinkan masyarakat serta orang awam untuk menerima apa yang kita sampaikan. Lebih mencabar, apabila ada sesetengah keadaan, yang menjadi penghalang datang daripada ahli keluarga kita sendiri. Maka atas dasar inilah, kita perlu fahami bahawa tidak semua orang berhajat dan berkehendak kepada ajakan dakwah. Buku ini, Nikmat Hidup Bertuhankan Allah merupakan himpunan tazkirah harian pengubat jiwa, menghidupkan kembali hati yang telah mati serta menerbitkan kesedaran dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia adalah wadah untuk membangkitkan kembali kesedaran umat agar mengenal erti adanya Tuhan. Mari kita kembali mencari Tuhan.

Puasa menahan manusia daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya
seperti mengumpat, mentnah, hasad dengki ... Mengajar manusia hidup lebih
sehat. Puasa sangat baik untuk menjaga kesihatan dan tubuh badan seseorang.

BERCINTA SELEPAS NIKAH

BERBICARA tentang cinta, topik ini seperti sudah menjemukan. Apatah lagi ia sering diulang-ulang dan tidak diulas dengan pemahaman yang mendalam. Jodoh pula adalah rahsia ALLAH kepada hamba-NYA. Namun, cinta dan jodoh adalah topik yang sentral dalam Islam kerana ia mampu mempengaruhi tingkah laku dan tindakan kita. Jadi, berusahalah mempersiapkan diri secara rohani dan jasmani kerana alam rumah tangga yang bakal dilalui itu nanti tidak kurang hebat cabarannya buat pasangan yang bercinta.

BERBICARA tentang cinta, topik ini seperti sudah menjemukan.

Bimbingan Para Solihin

SENTIASALAH ‘ berselera’ untuk bersolat, kerana solat merupakan santapan yang lazat lagi enak pemberian ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan keasyikan Baginda dalam mengerjakan solat berkata; ‘Penyejuk mataku,’ Zainab tenggelam dalam keasyikan bersolat sehingga dia mengikat dirinya dengan tali semasa mengantuk. Tindakannya ditegur oleh Nabi SAW kemudiannya. Mereka yang tidak mengambil berat soal ibadat, malah melengahlengahkan solat, maka ALLAH SWT juga akan melengah-lengahkan pemberian nikmat kepada mereka. Imam al-Nawawi mengupas hadis Nabi SAW berkenaan orang yang melewatkan solat dalam Syarah Sahih Muslim; “Yang berada akhir dalam saf solat (melewatkan solat), akan terlewat mendapat rahmat NYA, fadilat-NYA, tidak dinaikkan martabat dan seumpama dengannya.” Solatlah dengan khusyuk, dan berusaha untuk menumpukan perhatian terhadap setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Meskipun gangguan tetap datang, namun usaha mesti diteruskan dengan gigih.

(al-mustadrak, Kitab al-iman, Bab Qissah Khuruj `umar r.a. ila al-Syam, no. 207)
Islam adalah agama hidayah dan petunjuk, bukannya agama pengutip cukai.
Begitulah jawapan Umar bin `Abdul Aziz ketika memarahi seorang pemungut
cukai ...

Sirah 25 Rasul

al-Makhzumi. Pendeta Buhaira Setelah usia Rasulullah SAW berumur 12 tahun,
ada yang mengatakan 12 tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar
bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam. Sehingga apabila sampai ke
Basrah ...

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi

Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai: “Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Beliau membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Tirmidhi dan
mendapat ijazah daripada pengajian kitab-kitab ini. Kemudian, AlNadwi pergi ke
Deoband pada tahun 1932 bagi mendalami pengajian hadith kitab-kitab Sahih ...