Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Trilogi Ajaib #1: AJAIB

Buku pertama dalam trilogi AJAIB. “Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?” Hidup ni gelap – Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain. Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya… Selain kita ada ‘mereka’ – yang kebanyakan kita tak nampak. Dalam kita ada ‘itu’ – yang kita simpan sendiri. Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB. (Buku Fixi)

“Alhamdulillah... Baru ustazah nak suruh kamu semua berdiri atas kerusi tadi,”
gurau ustazah sambil tersenyum. Seluruh kelas mengeluarkan reaksi 'nasib baik
ada orang jawabkan' tanpa menyebutnya. Waktu Pendidikan Islam tamat.
Ustazah memberi salam lalu keluar dari kelas. “Hai, Izaq,” suara lemak manis
kedengaran. Aku didatangi bidadari – Afifah. Dia agak cantik dan manja
orangnya. Dia kelihatan lebih matang berbanding teman perempuan lain. Apa
yang lebih menarik, ...

Trilogi Murtad #1: MURTAD

Buku pertama dalam Trilogi MURTAD Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang. Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur. "Kerja gila apa sebenaqnya ni...haaa?" Akhil bertanya keras. "Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar, seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang." "Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?" "Ya" "Nakharrom" "Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.” (Buku Fixi)

Kerja yang mudah untuk mendaulatkan kembali kesucian Islam yang telah lama
dipinggirkan. Ini adalah kerja untuk Allah. Urusan hudud di dalam Islam. Yang
telah murtad dan menyebarkan agama yang baru kepada umat Islam yang lain
tidak seharusnya dibiarkan hidup. Tidak. Bukan untuk saya, bukan juga untuk
mencalarkan agamaagama sesiapa. Tapi ini adalah hukuman yang termaktub
bagi pesalahpesalah yang telah menyimpang keluar di jalan Allah.” Adam
senyap tidak ...