Sebanyak 8 item atau buku ditemukan

PESAN MAMA

Siri Novel Grafik - Pesan Mama “Abang, jika seseorang itu bersabar dan beralah, ini tidak bermakna dia kalah sebaliknya dia merupakan seorang pemenang kerana berjaya melawan hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa mahukan umat Nabi Muhammad SAW sesat dan terjerumus ke dalam hasutannya. Orang yang bersabar dan beralah, sentiasa disayangi oleh Allah SWT dan Rasul-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman.” Pesan Mama mengisahkan Haziq, 9 tahun, yang sering bertelagah dengan adik perempuannya, Nur Nadra Aira, 5 tahun. Sebagai seorang Abang, adakalanya perasaannya terusik seperti dipinggirkan oleh Mama dan Ayah kerana terpaksa beralah. Pernah suatu ketika, kesabaran Haziq teruji apabila adiknya merosakkan barang kesayangannya. Justeru, Mama selalu menyampaikan pesanan-pesanan kepada Haziq untuk mendidiknya menjadi seorang anak yang baik dan menurut kata. Pesanan-pesanan Mama ini pasti amat bermanfaat untuk menjadikan adik-adik, anak yang sentiasa berubah ke arah kebaikan.

Siri Novel Grafik - Pesan Mama “Abang, jika seseorang itu bersabar dan beralah, ini tidak bermakna dia kalah sebaliknya dia merupakan seorang pemenang kerana berjaya melawan hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa mahukan umat Nabi ...

PESAN NABI - SAYA ANAK SOLEH

Pesan Nabi - Saya Anak Soleh Buku ini menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW, sebagai pedoman kepada kanak-kanak di dalam kehidupan seharian. Hadis-hadis yang dipilih adalah bersesuaian mengikut peringkat usia kanak-kanak yang sedang membesar. Apa yang penting ialah ia dipersembahkan di dalam bentuk yang menarik. Diharapkan buku kecil ini dapat menyuburkan rasa cinta kanak-kanak terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, seterusnya menjadikan sunnah Rasul sebagai amalan.

Pesan Nabi - Saya Anak Soleh Buku ini menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW, sebagai pedoman kepada kanak-kanak di dalam kehidupan seharian.

PESAN NABI - SAYA CINTA NABI

Pesan Nabi : Saya Cinta Nabi buku ini menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW, sebagai pedoman kepada kanak-kanak di dalam kehidupan seharian. Hadis-hadis yang dipilih adalah bersesuaian mengikut peringkat usia kanak-kanak yang sedang membesar. Apa yang penting ialah ia dipersembahkan di dalam bentuk yang menarik. Diharapkan buku kecil ini dapat menyuburkan rasa cinta kanak-kanak terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, seterusnya menjadikan sunnah Rasul sebagai amalan.

Pesan Nabi : Saya Cinta Nabi buku ini menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW, sebagai pedoman kepada kanak-kanak di dalam kehidupan seharian. Hadis-hadis yang dipilih adalah bersesuaian mengikut peringkat usia kanak-kanak yang sedang membesar.

ATUK CERITALAH LAGI

Siri Novel Grafik - Atuk Ceritalah Lagi Di dalam Al-Quran, ada juga diceritakan tentang perkakasan yang digunakan oleh ahli syurga. Macam juga di dunia. Ahli syurga makan dan minum menggunakan pinggan dan gelas dan perkakasan lain. Tapi tentulah perkakasan ahli syurga lebih istimewa. Hah, pinggan atau bekas makanan ahli syurga dibuat daripada emas dan perak. Bukan plastik atau kaca murah macam yang kita biasa gunakan di dunia. Atuk sendiri tak dapat bayangkan betapa nikmatnya makan dan minum guna bekas daripada emas dan perak!” kata atuk. Cuti persekolahan ‘Umar dan adik-adik kali ini dihabiskan bersama atuk dan opah di kampung. Sebagai abang yang sulung, ‘Umar kadangkala berasa letih untuk melayan kerenah adik-adiknya yang sering bertelagah terutamanya si Kembar Usman dan Hamzah. Mujur ada atuk. Sepanjang cuti persekolahan mereka, atuk gemar bercerita tentang syurga. ‘Umar dan adik-adik berasa takjub. Dalam diam, mereka memasang azam untuk sama-sama mengejar syurga Ilahi. Namun, hendak masuk ke syurga, kita perlulah memiliki kuncinya. Nak tahu kunci ke syurga? Dapatkan kisah “Atuk, Ceritalah Lagi!” sekarang!

Siri Novel Grafik - Atuk Ceritalah Lagi Di dalam Al-Quran, ada juga diceritakan tentang perkakasan yang digunakan oleh ahli syurga.

SEBELUM MAMA PERGI

Siri Novel Islami Ana Muslim - Sebelum Mama Pergi “Bagaimana pula jika seseorang itu tidak bersolat, Ustazah?” Adi memberanikan diri untuk bertanya. “Sudah tentu orang yang tidak mendirikan solat itu telah meruntuhkan agama. Cuba kamu bayangkan jika kontraktor yang bina rumah yang kamu semua tinggal sekarang, tidak meletakkan tiang. Tentu rumah kamu tidak boleh berdiri tegak. Rumah akan runtuh,” terang Ustazah Rahimah. .......................................................................................... Adi, seorang anak tunggal yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Sejak kecil lagi, Adi tidak pernah melihat Mama dan Papanya bersolat. Mama seorang mualaf, tidak pernah diajar berkaitan Islam oleh Papa. Semenjak Papa meninggal dunia, Mama hidup dalam tekanan. Dalam kekeliruan, Adi mendapat khabar yang Mamanya mengalami kemalangan. Adakah Mamanya pula akan meninggalkan Adi? Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Siri Novel Islami Ana Muslim - Sebelum Mama Pergi “Bagaimana pula jika seseorang itu tidak bersolat, Ustazah?” Adi memberanikan diri untuk bertanya. “Sudah tentu orang yang tidak mendirikan solat itu telah meruntuhkan agama.

REVOLUSI SATRIA BULAN BINTANG 08 - MISI TERAKHIR

Satria Bulan Bintang adalah seorang pahlawan yang dipilih untuk dihantar ke Bumi untuk menjaga keamanan di kota Anggerik. Di Bumi, dia dikenali sebagai Mazlan. Misinya cuma satu iaitu membanteras kejahatan. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam usaha menyelamatkan kota Anggerik daripada penjenayah. Musuh-musuh Satria Bulan Bintang adalah makhluk Planet Hijau. Mereka datang untuk membuat hura-hara dan menjadikan bumi ini kucar-kacir. Saksikanlah pertarungan hebat yang berlaku antara Satria Bulan Bintang menentang musuh-musuhnya.

Tuankomander, bilakitanak lancarkan serangan untuk menakluki bumini? Sabar
dulu, belum masanya lagi. Aku kena rancang dengan Kamu keluar dulu. Aku
perlu berfikir dengan sedalamnya. Aku akan tunggu danlihat! teliti dulu.
Komander!

10 SAHABAT SYURGA UNTUK MEREKA

10 Sahabat: Syurga Untuk Mereka Mereka adalah antara sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW. Mereka menyerahkan seluruh tenaga, wang ringgit, harta benda, darah dan keringat untuk Islam secara umum dan untuk baginda Rasulullah SAW secara khusus. Maka tidak hairanlah, pengorbanan mereka yang suci dan tiada tolok bandingan ini, telah mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah SWT dan rasul-Nya iaitu SYURGA. Menerusi buku ini, pembaca diajak menyelami betapa murni dan mulianya insan-insan terpilih ini. Mutakhir ini, kita sering disogokkan dengan 'superhero-superhero' ciptaan manusia yang tidak sama sekali memberi petunjuk ke arah pembentukan peribadi mulia. Mudah-mudahan, menerusi karya kerdil ini kita semua dapat menjejaki dan seterusnya mencontohi 10 'superhero' ini dalam membela kemuliaan dan keagungan agama Islam yang tercinta ini.

Umarjuga tidak beranjak sejengkal pun ketika umat Islam lari dalam perang
Uhud. orang yang sangat takut kepada Allah SWT. ... Saya bertanya kepadanya:
“Milik siapakah istana yang indah ini?” Semua bidadari yang ada di situ
menjawab: Pada suatu malam, beliau berjalan meronda ke sekeliling kota
Madinah bersama ...

ADI WIRA BUKIT KIARA

ADI WIRA Bukit Kiara Adi merupakan seorang murid berusia 11 tahun yang berbadan gempal dan suka menyendiri. Kerana perwatakannya itu, dia tidak punya ramai kawan di sekolah. Hanya Eu Jin, ‘saintis’ muda dan Jen Nie, si ‘mulut murai’ yang sudi berkawan dengannya. Keadaan bertambah parah apabila dia bertemu dengan Ghazi, jirannya yang sering membulinya! Suatu hari, satu kejadian misteri telah berlaku ke atas Adi. Tanpa dia sedari, kejadian itu telah memberinya kuasa luar biasa. Namun di sebalik kelebihan yang diperolehnya, ada pula pihak yang ingin merampas kuasa tersebut. Apakah yang membuatkan kuasa tersebut menjadi rebutan? Dapatkah Adi mempertahankan kuasanya sekali gus menjadi wira?

... dia telah menggunakan kuasanya sewaktu sesi pemilihan beberapa bulan
yang lepas? Layakkah dia menerima pingat Encik Zack sedangkan ahli-ahli
yang lain juga telah berlatih bersungguh-sungguh atas daya usaha mereka
sendiri?