Sebanyak 137 item atau buku ditemukan

Pengantar ilmu perbandingan agama

Comparative study of religions with reference to Malaysia.

MAZHAB-MAZHAB DALAM AGAMA BUDDHA' Pada asalnya terbahagi kepada
dua: (i) Theravada dan (ii) Mahayana. Mazhab Theravada bersifat ortodoks,
hanya menganggap Buddha sebagai satu-satunya sumber penyembahan, tiada
ada lagi Buddha walau dalam apa jua bentuk, yang ada hanya ajarannya iaitu
dharma sebagai petunjuk. Mazhab Mahayana menganggap Buddha sebagai
figur yang universal, yang memberi maksud: kalau Buddha boleh muncul pada
masa-masa ...

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi

Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai: “Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Beliau membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Tirmidhi dan
mendapat ijazah daripada pengajian kitab-kitab ini. Kemudian, AlNadwi pergi ke
Deoband pada tahun 1932 bagi mendalami pengajian hadith kitab-kitab Sahih ...