Sebanyak 24 item atau buku ditemukan

Cinta Tak Pernah Usai

Merah padam muka Dayana bila dia dimalukan oleh seorang pemuda di khalayak. Terbantut hasratnya untuk memasarkan kerepek buatannya di Pasar Mini Akif. Namun hatinya sejuk semula lalu pasar mini itu dikunjungi sekali lagi. Alangkah terkejutnya dia, pemuda yang memalukannya tempoh hari adalah pengurus pasar mini itu. Apa lagi, amarah datang berapi lalu melampiaskan ke arah pemuda tersebut. Ah, Akif hanya senyum sahaja. Entah kenapa ada keistimewaan pada gadis itu. Dia mula suka pada Dayana. Akif baik. Dayana pula tergoda. Tapi, bagaimana dengan Ikhwan? Mereka sudah berkawan sejak kecil. Dia buntu bila Ikhwan datang melamar. Malangnya, ibu Ikhwan tidak sukakannya. Dia hanyalah pembuat kerepek berkelulusan SPM! Akif dan Dayana ditunangkan. Belum sempat bernikah, Akif tiba-tiba menghilang. Puas dicari, Akif tidak ditemui. Ke mana dia menghilang? Dayana terus menanti. Ikhwan yang masih mengharap, kembali menagih cinta. Yana sayang, aku telah memilihmu menjadi pendamping hidupku kerana kaulah cinta pertama dan terakhirku. Akan kujagamu dengan cintaku kerana dirimu separuh jiwaku. Percayalah sayang, tidak ada yang akan memisahkan kita,kecuali TUHAN. – Akif

Kepunyaan-NYA apa yang dilangit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafaat di sisi ALLAH tanpa izinnya. ALLAH mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apaapa dari ...

Temukanku Dengan Cinta

Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka. Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal. “Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu. Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka? “Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”

RM19.90 HARgA PASARAN BUKAN HANYA SESAAT 21.00 • hlm 548
Sepanjang perkahwinan, Arief sentiasa memperlekehkan Maryam. Arief
sebenarnya RM21.00 HARgA PASARAN cemburu buta! MEI 2012 MEI 2012
KEJORA DILANGIT ...

Cinta Sufi

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Meskipun belum mengenali lelaki yang dianggap bertanduk dua ini, Catalina
tetap merasakan Saifudin memiliki kehebatan yang sungguh luar biasa. Melaka
B ULAN mengambang penuh dilangit bumi. Sepertiga malam belum 85 Ramlee
 ...

SAAT KAU KATA CINTA

MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran. Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu. Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta. Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

... RM5) : RM_______ Cinta Yang Kurasa :_____nask X RM25.00 + (pos RM5) :
RM_______ Kejora Dilangit Cinta :_____nask X RM23.00 + (pos RM5) :
RM_______ CARA BAYARAN JUMLAH : RM_______ Disertakan MO/PO/CEK
bernilai ...

Cinta Yang Terpilih

WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Dua hati tidak lagi beku bila mentari bersinar dilangit cinta. Namun, pelbagai
dugaan terpaksa dilaluinya. Masrini tekad melepaskan diri daripada cengkaman
lelaki buaya darat. Dia sanggup terima apa sahaja risiko! RM12.90 HARGA ...

Di langit cinta

"Nasib baik Hani tukar kerja," kata Raiz sambil mengeluarkan kameranya. "
Kenapa pulak?" "Kalau masih di Taiping, tak ada peluanglah kita kenal." Awan
dilangit menderu perlahan. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik menjerit
nyaring di ...

Kejora Di Langit Cinta

NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa. Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empattahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang kalau bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Dilangit. Cinta. Cetakan 1 – 2012 HAK CIPTA TERPELIHARA Tiada bahagian
daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukar dalam apaapa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah ...

Penjara Mati

PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah. Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya.

Akulah Si Jelita

Kesat air matamu, Jelita! Orang yang sepatutnya menangis, Asfahan. Dia harus menjilat setiap dosa yang dia tinggalkan buatku. Luka ini terlalu lama. Kini, masa untuk melunaskan dendam. Bukan lagi meratap tangis. – Jelita Aku ingin merasainya. Aku amat merinduinya. Biarpun hatiku telah digilis berkali-kali, aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hati. Aku teringin menjadi yang dicintai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berikan aku sedikit cinta… - Lara Adakah ini balasan yang adil buat aku? Ya ALLAH… sungguh aku manusia berdosa. Bila cinta itu masih boleh dipupuk, aku sia-siakan. Bila cinta itu jadi dambaan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk! Maafkan aku kerana tidak mampu berhenti daripada terus mencintai kau! – Asfahan

Debu serta dedaunan yang berterbangan di atas jalan menambahkan sayu di
hatinya. Rumah banglo dua tingkat yang masih teguh berdiri itu hanya
dipandang dari jauh. Lara Jelita tidak lagi berani mendekat. Takut kisah derita
berulang lagi ...

Revolusi Yang Ditangguhkan

Dan semuanya dijadikan untuk renungan manusia yang berfikir. Semua ini
diciptakan khusus untuknya; baik gunung-ganang, rimba belantara, bukit bukau,
sungai dan lautan, binatang ternakan dan haiwan liar, pokok-pokok, hujan dan ...