Sebanyak 15 item atau buku ditemukan

Hidup Bahagia dengan Poligami

Membolehkan isteri memberikan gilirannya kepada isteri lain dinyatakan dalam
banyak hadis antaranya yang dilaporkan oleh Aisyah, “Rasulullah tidak pernah
membezakan di kalangan satu sama lain daripada segi pembahagian bermalam
.

Ledakan Facebook; Antara Pahala & Dosa

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook. Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan: Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.Facebook mendedahkan diri kepada zina.Facebook mendedahkan ain diri sendiri.Dan banyak lagiBenarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

mukabuku xi PRAKATA Justeru, prinsip Islam yang terbuka menerima
pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup muamalat.
Saya berpandangan penggunaan Facebook adalah HARUS. Namun setiap
status, gambar, profil, dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan
halal dan haramnya. Hasil daripada itu, buku ini saya hasilkan dengan harapan
semoga ia dapat mengisi kekosongan pengisian dan panduan keagamaan
berkenaan ...

Atlas Perang Salib

"Bangsa kita memang sudah melampaui batas dalam menumpahkan darah di Haikal Sulaiman hingga mayat yang bergelimpangan terendam dalam takungan darah. Tangan-tangan dan kaki mayat seakan-akan berenang, sedangkan askar Salib sendiri tidak sanggup mencium bau yang keluar daripada mayat!" (Gustave Le Bon, sejarawan Perancis) "Pada ketika Al-Quds jatuh, sebahagian daripada pasukan Salib menganggap orang Islam menelan kepingan emas yang mereka miliki. Mereka mengoyak perut orang Islam yang sudah dibunuh bagi mencari kepingan emas itu. Ketika menyedari mereka memerlukan masa yang lama bagi mengoyak perut setiap mayat, mereka mengumpulkan mayat-mayat itu secara sekaligus dan membakarnya. Apabila api padam, baru mereka mengorek abu mayat yang mereka bakar itu bagi mencari kepingan emas yang mereka sangka ditelan oleh orang Islam." (Raymond de Keller, sejarawan Kristian) Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia. Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.

Akhirnya, Paus mengeluarkan maklumat tentang Perang Suci bagi merampas
Tanah Suci daripada tangan orang Islam. Maklumat perang itu dihebahkan oleh
Paus Urbanus II dalam Perhimpunan Clermont pada tahun 1095M. Ini terus ...

Q & A Fiqh Perubatan

• Bolehkah disambung balik tangan yang dipotong kerana hukum hudud • Bila najis jadi suci? • Bolehkah mengubat di negara orang kafir dan mengambil upah daripada mereka? • Bolehkah kita berubat dengan dadah? • Bagaimana kalau saya sentiasa terkentut? • Adakah orang yang menderma organ menanggung dosa si penerima? Itu baru enam daripada begitu banyak hukum-hukum yang diceritakan dalam buku ini.

• Bolehkah disambung balik tangan yang dipotong kerana hukum hudud • Bila najis jadi suci? • Bolehkah mengubat di negara orang kafir dan mengambil upah daripada mereka? • Bolehkah kita berubat dengan dadah? • Bagaimana kalau saya ...

Konspirasi Dajal

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad s.a.w. dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w. dengan keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti datang dan kita perlu bersedia dengan iman dan hati yang jitu. Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah.” (Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam. Apakah Dajal itu sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini? Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir Zaman?

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta.

Selembut Hati Rasulullah

Pesona Muhammad s.a.w. memikat hati umatnya. Sesiapa juga yang berbicara dengan Baginda rasa dihargai, disayangi, dan diberi perhatian. Hati sahabat-sahabat tersentuh tatkala ditegur dan dinasihati. Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu Tuhan, malah turut berpadu dengan rasa kasih sayang, empati, dan cinta. "Sesungguhnya, adalah untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat." (Surah Al-Ahzab, ayat 21) Walaupun disakiti dan dihina, Nabi Muhammad s.a.w. tetap memaafkan penduduk Taif yang membaling Baginda dengan batu dan Lubaid bin A'sham yang menyihir Baginda. Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.

Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.

Koleksi Nama Anak Terindah

Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah langkah awal membentuk peribadi. Nama yang diberikan mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi mereka. Selalunya ibu bapa memberi nama yang terbaik supaya mereka menjadi hebat seperti maksud nama yang dipilih. Namun terdapat juga ibu bapa yang mengambil mudah dalam memberi nama kepada anak yang tidak membawa apa-apa maksud dan mungkin juga membawa kepada nama yang kurang elok. Koleksi Nama Terindah menghimpunkan nama anak-anak yang memberi maksud yang baik. Pemilihan nama-nama adalah daripada sumber yang sahih. Semoga dengan pemilihan nama yang baik untuk anak-anak akan membentuk peribadi unggul selaras dengan nama yang dipilih.

Kitab ini adalah kitab hadis dan juga fiqh. Imam Malik mengumpulkan hadishadis
yang 'kuat' dari penduduk Hijjaz. Beliau juga memasukkan katakata sahabat dan
juga fatwa fatwa tabi'in yang kemudiannya disusun mengikut babbab fikah ...

Mukjizat Sabar dalam Al-Quran

Sabar adalah bukti ilmu yang dalam dan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t. Mukmin yang sabar, tegar menggenggam semangat yang kuat bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang tidak terbatas dan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang bersabar. Antara kupasan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan topik sabar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah: Hakikat Sabar dalam Al-Quran Hukum dan Keperluan Bersabar Pembahagian Sabar dalam Al-Quran Kedudukan dan Darjat Orang-Orang yang Sabar dalam Al-Quran Kisah Para Nabi dan Rasul Terdahulu yang Sabar Perspektif Al-Quran Berkenaan Sabar

Berapa Kali Lafaz Sabar Disebut dalam Al-Quran? Sabar adalah salah satu
daripada ciri-ciri akhlak yang diberi perhatian dalam Al-Quran, sama ada dalam
surah Makkiyyah ataupun Madaniyyah. Dalam Al-Quran, sabar adalah akhlak
yang ...