Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Kritikan Sastera dalam Teori, Aplikasi dan Tradisi

Kritikan Sastera dalam Teori, Aplikasi & Tradisi, membicarakan bahawa kesusasteraaan dengan pembinaan unsur-unsurnya yang sesuai dan indah tadi menjadi tidak bererti sama sekali kiranya ia disimpan tanpa tersebar kepada khalayak atau pembaca. Hakikat penciptaan sastera adalah untuk dibaca dan dihayati, untuk dirasakan segala keseronokan dan pengalaman baik serta buruk yang tergarap di dalamnya. Selepas penghayatan sedemikian rupa, penciptaan atau karya sastera tidak ditinggalkan begitu sahaja, melainkan dibicarakan pula untuk memperlihatkan reaksi atau tindak balas penilaian pembaca terhadapnya. Ini selalunya berlaku dalam kegiatan yang diistilahkan sebagai kritikan sastera. Melalui kegiatan ini karya sastera yang konkrit diambil untuk dibuat pertimbangan, penilaian dan penganalisisan secara teliti dan mendalam untuk mengetahui kekuatan serta kelemahannya, mengetahui taraf kedudukan dan pencapaian mutu seninya.

Apabila teori-teori baru yang menjadi alat dalam penilaian serta penelitian
sastera, dan kini berkembang pesat serta mendapat perhatian luas, melupakan
manusia dan kemanusiaan, maka ciptaan sastera yang memang dicipta oleh
manusia dan ... Tambahan pula, agama Islam sendiri memang lebih merestui
pengkaedahan dan pendekatan yang demikian, yang bersesuaian dengan
tanggapannya terhadap sastera itu sendiri, iaitu sastera adalah ciptaan seni
yang berfungsi untuk ...