Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Berfikir seperti inventor

Buku ditulis bagi membantu ibubapa, guru-guru dan pembaca meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak dan para peajar mereka. Pengarang mengandaikan bahawa kerja keras dan mendapat kelulusan yang tinggi semata-mata tidak lagi menjamin seseorang itu mampu bersaing dengan idea-idea dan produk-produk pengeluar lain. Namun, orang yang sentiasa berfikir bagaimana mereka dapat memperkenalkan produk-produk yang lebih baik, lebih murah dan lebih tahan kepada pengguna adalah lebih baik daripada golongan yang bekerja keras tadi. Untuk mencapai tahap tersebut, seseorang itu perlu berfikir secara kreatif dan sistematik. Idea yang kreatif adalah bakat istimewa yang dimiliki oleh segelintir manusia. Namun, kajian terbaru mendapati bahawa berfikir secara kreatif adalah sejenis kemahiran yang dapat dipelajari dengan menggunakan pelbagai teknik berfikir.

Para penyelidik belum mengetahui apakah faktor yang mencipta daya kreativiti,
tetapi mereka sudah mengenal pasti faktor yang mencipta peribadi kreatif.
Mereka mendapati individu kreatif memiliki ciri-ciri berikut: 1. Mereka mempunyai
jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli
pada kritikan orang. 2. Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, pujipujian atau
ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.
10. 11. 12.