Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Mukjizat Para Nabi: NABI ISA A.S.

- Mencipta Burung dan Cerita-Cerita Lain

Siri Mukjizat Nabi menghimpunkan pelbagai kisah yang menarik tentang mukjizat para nabi. Cerita-cerita yang dipaparkan menunjukkan kehebatan para nabi bagi membuktikan kebenaran mereka sebagai pesuruh Allah s.w.t. Kisah-kisah ini pasti dapat memberi pengajaran, serta mengukuhkan keimanan kanak-kanak kepada Allah s.w.t. Siri ini menggunakan pendekatan yang berlainan dalam usaha membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak. Ceritanya disampaikan dalam bahasa mudah dan dibantu dengan ilustrasi yang menarik. Judul-judul lain dalam siri ini: - Nabi Ayub a.s: Air Menjadi Ubat - Nabi Isa a.s: Mencipta Burung - Nabi Nuh a.s: Kapal yang Istimewa

NABI. ISA. A.S.. Ingatlah, tatkala Allah berfirman, “Wahai Isa Ibni Maryam!
Kenanglah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu
dengan Ruhul-Qudus, engkau dapat bercakap dengan manusia (semasa
engkau) di dalam buaian, dan selepas dewasa, dan (ingatlah) ketika Aku
mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya kitab Taurat
dan kitab Injil, dan ingatlah ketika engkaujadikan dari tanah seperti bentuk
burung dengan izin-Ku, ...