Yang berat sama dipikul

Munir dan Zaitun, dua beradik yang tinggal di Pertak berusaha mencari jalan membantu Rosli, kanak-kanak yang mereka dan Abu serta rakan-rakannya jumpai di dalam hutan bersekolah semula. Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah sama-sama mengumpul duit bagi dijadikan modal untuk Rosli berniaga, kerana datuk Rosli, Datuk Jalil boleh memasak nasi lemak. Munir, Zaitun dan Rosli sama-sama berganding bahu membina pondok untuk Rosli berniaga di kawasan air terjun yang terdapat ramai orang mengunjunginya. Apabila modalnya cukup, Rosli mula berniaga di kawasan itu. Namun tanpa disangka, ada seorang pemuda nakal mengugutnya menyerahkan wang perlindungan setiap bulan. Apa yang akan Rosli lakukan?

Zaitun, Munir dan Rosli yang berdiri di situ turut bekerja seketika. Selepas itu
mereka terus turut sama mencabut rumput tersebut. Datuk Jalil tersenyum, dan
tidak sedikit pun tahu bahawa kanak-kanak itu datang kerana ingin memberitahu
tentang satu perkara penting. Sesudah mencabut hampir dua baris rumput di
atas batas kebun itu, barulah Rosli menyinggul Munir, menyuruhnya
memberitahu segera. Daripada mata Rosli, Munir tahu bahawa dia meminta
supaya diberitahu pada ...