Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan Dan Kemerdekaan (Penerbit USM)

Pandangan dan pemikiran sejarah baharu tentang isu-isu yang berkaitan dengan sejarah identiti bangsa, kedudukan institusi beraja, dasar kolonialisme, perjuangan antipenjajah, semangat kebangsaan, kesedaran konsep ‘Melayu Raya’, konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada pengisian dan pengukuhan negara bangsa Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, semuanya dirangkum dan dihimpunkan dalam buku Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan ini.Para penulis yang menyumbang idea mereka dalam buku ini terdiri daripada sarjana, pemikir dan ahli sejarah Malaysia yang mengupas tema-tema tersebut dengan menyuntik suatu tafsiran baharu tentang pengalaman dan realiti sejarah yang berlaku di Malaysia secara jangka panjang, iaitu dari zaman awal sehingga kini. Dengan olahan yang begitu menarik dan bertenaga, serta hujah-hujah baharu yang mungkin tidak pernah diketahui umum, buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah warisan dan perjuangan bangsa Malaysia. Keywords: Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malayia, Penerbit USM

Dalam era 1980an, program pemodenan pentadbiran, Dasar Pandang ke Timur,
Dasar Penerapan NilaiNilai Islam, dan beberapa dasar baharu yang lain ikut
diperkenalkan. Dasardasar itu juga adalah suatu kesinambungan. Kalau dijaga ...