Psikologi Dalam Pengucapan

Kesan daripada aktiviti bersama, peserta akan dapat menimba ilmu komunikasi
sebenar dalam menyampaikan sesuatu mesej yang penting. Oleh itu, sebagai
pengucap yang "dinamik dan berkesan" kita perlu menyedia, men- cari, memikir
dan melakukan aktiviti yang boleh menarik minat peserta semasa pengucapan
dilakukan. Libatkan- lah kesemua peserta dengan melakukan aktiviti yang
sesuai supaya mereka dapat merasakan bahawa konsep yang disampaikan
tercapai.