Sebanyak 2916 item atau buku ditemukan

Ali Bin Abu Talib

sahabat dan pejuang

... jadikanlah dia - wahai Tuhanku - seorang yang diredai serta disukai." Satu lagi
alasan Fatimah ialah surah an-Naml, ayat 16, bermaksud, "Dan Nabi Sulaiman
mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud..." SUAMI ISTERl YANG ...

Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi (Penerbit USM)

Keindahan seni dan keunikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di Nusantara khasnya masyarakat Melayu yang saling berbaur menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri. Telahan ilmu yang berteraskan kearifan tempatan ditekuni melalui pelbagai disiplin yang dikelompokkan sebagai alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Sesungguhnya, galuran ilmu yang luas ini telah memungkinkan terhasilnya teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi. Persembahan buku ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian I: Ilmu Seni Alam, Bahagian II: Teknologi Seni Persembahan, Bahagian III: Teknologi Seni Warisan dan Bahagian IV: Teknologi Seni Reka Bentuk. Perihalan kearifan tempatan yang terpancar bukan sahaja memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu memanfaatkan alam seninya; malah menghubungkaitkannya dengan merekayasa seni dalam teknologi bagi penghasilan ilmu baharu.

Abdullah Yusof merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau memperoleh ijazah
sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dari UM. Beliau mempunyai
 ...

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 2 - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat (Penerbit USM)

Buku ini menzahirkan upaya untuk menjadikan epistemologi tempatan sebagai salah satu transformasi sosial yang secara tidak langsung mengetengahkan pengalaman dan gambaran tentang bidang kearifan tempatan masyarakat Nusantara ini telah berkembang dari semasa ke semasa dan kemudiannya telah membudaya dalam kalangan masyarakat. Namun, hal ini kurang disedari oleh masyarakat tempatan sendiri. Oleh itu, Kumpulan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif untuk menampilkan semula kebijaksanaan tempatan yang tidak kita sedari kewujudannya ini. Tiga objektif utama dikemukakan, iaitu mengenal pasti dan menyusuri semula kearifan tempatan, memperkenalkan kearifan tempatan semasa serta memelihara dan memulihara kearifan tempatan. Ilmu kearifan tempatan yang ditekuni merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam, seperti dalam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Rentetan daripada itu, buku ini menyajikan teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat. Buku ini dipersembahkan dalam tiga bahagian yang menekuni ilmu kearifan tempatan dalam disiplin seni persembahan, seni visual dan kosmologi dan adat istiadat.

Namun, hal ini kurang disedari oleh masyarakat tempatan sendiri. Oleh itu, Kumpulan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif untuk menampilkan semula kebijaksanaan tempatan yang tidak kita sedari kewujudannya ini.