Sebanyak 19 item atau buku ditemukan

Fatwa Kontemporari Jilid 3, Siri 1 (Al-Quran, Hadith, & Usul Fiqh)

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran.

Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan

Buku Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan ini adalah berkaitan dengan tranformasi pendidikan di Malaysia. Buku ini banyak membincangkan tentang pentingnya pembangunan modal insan melalui transformasi pendidikan. Penerbitan buku ini bertujuan membantu para pembaca memahami dengan lebih jelas lagi matlamat sebenar transformasi pendidikan yang dilaksanakan sekarang. Adalah diharapkan transformasi pendidikan ini akan dapat memperkasakan sistem pendidikan negara dan menghasilkan pembangunan modal insan yang dapat menangani keperluan era globalisasi dan k-ekonomi di Malaysia hari ini.

Misalnya dalam kalangan masyarakat Islam, modal insan yang dibentuk itu
mempunyai kekuatan spiritual, berakhlak ... tradisi kepercayaan yang bermanfaat
supaya kekuatan akhlak dan etika dapat dibina berasaskan acuan kita sendiri.

Misteri Hidup selepas Mati

Kematian adalah nasihat yang paling agung. Apabila ajal menjemput, segala nikmat dunia tidak menjadi kepentingan. Pada ketika itu, hanya amalan di dunia menjadi bekalan bagi menentukan di mana destinasi abadi kita, syurga ataupun neraka. Kata-kata Ad-Diqaq, “Seseorang yang banyak mengingati mati akan mendapat tiga kemuliaan, iaitu bersegera dalam bertaubat, hati yang menerima kecukupan (qana'ah), dan tekun dalam beribadah.” Antara topik menarik dalam buku ini adalah: • Hakikat Kematian dan Kesengsaraannya • Alam Barzarh, Alam Kubur, dan Alam Roh • Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan • Hisab Amalan dan Pembalasan Dosa • Timbangan Mizan dan Titian Sirat • Golongan Ahli Syurga dan Ahli Neraka

Kematian adalah nasihat yang paling agung.

Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman

Memantapkan pembelajaran di sekolah menengah

Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ini memuatkan unsur-unsur penting dalam proses pengajaran bacaan dan kefahaman. Dalam buku ini terangkum huraian tentang aspek berkaitan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman dari segi teori dan amali. Aspek seperti definisi konsep bacaan, faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca, kebolehbacaan bahan, pengajaran pembendaharaan kata, pengajaran kefahaman, teknik pengajaran, soalan dan penyoalan, serta organisasi kelas bacaan dan kefahaman dihuraikan berserta contoh yang konkrit. Buku ini bermanfaat kepada para pensyarah di universiti dan maktab perguruan.

Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ini memuatkan unsur-unsur penting dalam proses pengajaran bacaan dan kefahaman.

Ahmad Ammar

Kisah Ahmad Ammar ketika dia masih belum dikenali. Kisah semasa dia masih kecil, pendiam dan seorang yang taat kepada ibu bapa. Beliau sudah dididik bagi menjadi seorang yang akan mewakafkan dirinya untuk ummah. Beliau sudah diajarkan sedari kecil bagi menyedari tujuan hidupnya bukan sekadar untuk membela keluarga dan tanah air, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu ummah seluruhnya. Inilah kisah beliau, kisah pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.

Nama ibu, Nur Azlina binti Abdul Azis bin Mohd. Taib bin Shafie bin Haris bin
Chik bin Enchik bin Narung bin Jao, peranakan Siam dan Minang. Nur Azlina
berasal dari Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ahmad Azam pula
dari ...

#About Love

Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana. Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu. Terkadang cinta tumbuh dengan cara yang amat ganjil dan di tempat yang keliru. Cinta hanyalah segumpal perasaan dalam hati. Sama halnya dengan gumpalan perasaan senang, gembira, dan sedih. Suatu saat jika kau beruntung menemukan cinta sejatimu, ketika kalian saling bertatap untuk pertama kalinya, waktu akan terhenti. Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk kebetulan-kebetulan yang menakjubkan. Kau tidak akan mendapatkan seseorang kalau kau terlalu mencintainya.

Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah.

Allah Loves Me

Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar. Namun, saya ingin berkongsi detik-detik indah ketika saya mula sedar betapa Tuhan itu begitu cintakan saya. Saya tidak tahu yang Allah s.w.t. sudah mempunyai misi khas untuk saya sejak dilahirkan lagi. Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan itu rupa-rupanya adalah petanda Dia mahu saya kembali mereguk cinta-Nya. Tiada yang lebih membahagiakan apabila sudah merasakan nikmat cinta itu, dan tidak mungkin saya berpaling lagi. Ini adalah jalan yang terbaik. “Aku redha Allah s.w.t. adalah Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.”

  • ISBN 13 : 9674115676
  • ISBN 10 : 9789674115678
  • Judul : Allah Loves Me
  • Pengarang : Jerry D. gray,  
  • Kategori : Religion; Religion; Religion
  • Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
  • Klasifikasi : 2x0
  • Call Number : 2x0 JER a
  • Bahasa : ms
  • Tahun : 2015
  • Halaman : 392
  • Halaman : 392
  • Open Library : http://openlibrary.org/books/OL25941708M/Allah_Loves_Me
  • Google Book : http://books.google.co.id/books?id=92RrCQAAQBAJ&dq=isbn:9789674115678&hl=&source=gbs_api
  • Ketersediaan :
    2015-00224-2330-9
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-8
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-7
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-6
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-5
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-4
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-3
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-2
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-10
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi
    2015-00224-2330-1
    Tersedia di Pustaka Kubang Putih - UIN Sjech M. Djamil Djambek Bukittinggi

Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak

Buku ini memuatkan himpunan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan Pendidikan Islam dan Kerohanian dalam merealisasikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Huraian dan contoh yang diberikan adalah praktikal malah mudah difahami oleh semua pembaca. Isi kandungannya digabung jalin dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak yang pastinya dapat membantu warga pendidik khususnya dan ibu bapa amnya. Setiap topik dihuraikan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap golongan pembaca. Konsep-konsep dan aplikasi ilmu yang ditunjukkan dengan contoh-contoh yang mudah yang bersesuaian akan menjadi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Buku ini bersesuaian untuk segenap golongan terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

... yang menarik berbentuk interaktif, ada gabungan audio visual, grafik yang
menarik, malah ada muzik yang sesuai. Penggunaan ICT pada. PERANAN.
TEKNOLOGI. MAKLUMAT. DAN. KOMUNIKASI. DALAM. PENDIDIKAN.
KANAKKANAK.

Tafsir Al-Azhar Jilid 1

Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Al-Mushaf alMufassar. A. Hassan. Tafsir al-Furqan. H. Zainuddin Hamidi.
Fakhruddin H.S. Tafsir Al-Qur'an. Mahmud Yunus. Tafsir Al-Qur'anul Karim. M.
Hasbi ash-Shiddiqi: Tafsir an-Nur. H.M. Kasim Bakri: Muhammad Nur Idris: Tafsir
Al-Qur'anul Hakim A.M. Majoindo. Departemen Agama RI. Al-Qur'an dan
Terjemahannya. Syekh Abdulhalim Hassan. Haji Zainal Arifin Abbas. Tafsir AlQur
'anul Karim. Abdurrahim al-Haitami. Hilmi Zadah Faidhullah al-Hasani. Fathul
Rahman Lighaalibi ...